Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Formula 1: Nico Rosberg juara dunia walau cuba dihalang Lewis Hamilton

Nov 28, 2016 | 7:19 AM
Nico Rosberg merai kemenangannya sebagai juara dunia Dormula Satu bersama isterinya, Vivian Sibold, dan ahli pasukannya di akhir Grand Prix Abu Dhabi di Litar Yas Marina pada 27 Nov 2016.
Nico Rosberg merai kemenangannya sebagai juara dunia Dormula Satu bersama isterinya, Vivian Sibold, dan ahli pasukannya di akhir Grand Prix Abu Dhabi di Litar Yas Marina pada 27 Nov 2016. - GAMBAR AFP

ABU DHABI: Nico Rosberg memenangi mahkota dunia sulungnya pada Ahad (27 Nov), setelah menduduki tempat kedua dalam Grand Prix Abu Dhabi walaupun Lewis Hamilton mengabaikan arahan pasukannya untuk menggagalkan pemandu Jerman itu.

Rosberg, 31 tahun, menamatkan musim paling lama dalam sejarah Forula Satu itu di tempat kedua di bawah tekanan selepas pendahulu dan akhirnya pemenang perlumbaan, Hamilton, memperlahankan keretanya untuk menyukarkan Rosberg.

Hamilton mencapai kemenangan ke-10 musim ini tetapi semangat kesukanannya mengecewakan pasukannya dan rakan sepasukannya daripada Mercedes pada pusingan terakhir di Litar Yas Marina itu.

Tindakannya memperlahan keretanya jelas bertujuan meletak Rosberg dalam kedudukan terdedah kerana Sebastian Vettel daripada Ferrari mengekorinya dengan dekat.

Hamilton mengabaikan dua arahan daripada pasukannya supaya meningkatkan kelajuannya, tetapi tindakannya tidak berjaya membuat Rosberg dipotong oleh Vettel.

Rosberg menjadi orang kedua dalam sejarah yang mengekori ayahnya menjadi juara dunia Formula Satu. Bapanya, Keke, memenangi kejohanan itu 34 tahun lalu dengan pasukan Williams.

Pemandu Britain, Damon Hill, melakukan perkara sama apabila beliau memenangi kejuaraan dunia bersama Williams, mengulangi pencapaian bapannya Graham pada 1996.

Vettel menduduki tempat ketiga, disusuli Max Verstappen dan rakan separukannya daripada Red Bull, Daniel Ricciardo. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg