Premium
Bottas catat masa terpantas untuk Williams
Mar 4, 2016 | 5:30 AM
LAYANKAN PEMINAT: Juara dunia, Lewis Hamilton, bergambar bersama peminat ketika berehat di sesi ujian di Barcelona. - Foto REUTERS
BARCELONA: Pemandu Finland, Valtteri Bottas, mencatatkan masa terpantas untuk Williams pada hari kedua ujian pramusim di Barcelona, sedang juara dunia, Mercedes, menikmati satu lagi sesi yang memberangsangkan.
Bottas mencatatkan masa kelima terpantas sepanjang enam hari ujian dan yang kedua terpantas dengan tayar supersoft - satu minit 23.261 saat.

