Premium
Hamilton perlu tunggu...
Oct 23, 2018 | 5:30 AM
BELUM LAGI: Lewis Hamilton (kanan) terpaksa menanti perlumbaan Mexico pada hujung minggu akan datang memandangkan beliau hanya menduduki tempat ketiga dalam perlumbaan di Austin, Texas kelmarin. Tempat pertama dimenangi Kimi Raikkonen (tengah) dan kedua ialah Max Verstappen. - Foto EPA-EFE -
AUSTIN (Amerika Syarikat): Lewis Hamilton terpaksa menanti kejuaraan dunia kelimanya apabila hanya menduduki tempat ketiga dalam Grand Prix Amerika Syarikat kelmarin, sedang pelumba Ferrari, Kimi Raikkonen, merangkul kemenangan pertamanya dalam tempoh lebih lima tahun.
Pesaing utama Hamilton, Sebastian Vettel, yang juga pelumba Ferrari hanya menduduki tempat keempat bermakna kejuaraan perlumbaan itu hanya akan ditentukan di Mexico pada hujung minggu ini.

