Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Formula Satu: Nico Rosberg juarai Grand Prix Italy

Sep 5, 2016 | 7:22 AM
Nico Rosberg merai kemenangannya di sebelah pemenang tempat kedua, Lewis Hamilton (kiri), dan tempat ketiga, Sebastian Vette, di litar Autodromo Nazionale Monza, Italy pada 4 September 2016.
Nico Rosberg merai kemenangannya di sebelah pemenang tempat kedua, Lewis Hamilton (kiri), dan tempat ketiga, Sebastian Vette, di litar Autodromo Nazionale Monza, Italy pada 4 September 2016. - AFP

MONZA (Italy): Nico Rosberg menerkam bagi memanfaatkan permulaan buruk rakan sepasukannya daripada Mercedes, Lewis Hamilton, untuk memenangi Grand Prix Italy pada Ahad (4 Sep), sekali gus mengurangkan kelebihan pesaingnya itu dalam kejohanan pemandu Formula Satu kepada hanya dua mata.

Pemandu Jerman berusia 31 tahun itu merampas tempat di depan sejurus perlumbaan bermula daripada Hamilton, yang menduduki tempat pertama di petak, untuk mengawal dan menamatkan perlumbaan 15 saat di depan pemandu Britain itu, yang menduduki tempat kedua.

Pemandu Jerman Sebastian Vettel daripada Ferrari menduduki tempat ketiga, manakala Kimi Raikkonen (Finland) daripada Ferrari dan Daniel Riccardio (Australia) daripada Red Bull masing-masing menduduki tempat keempat dan kelima.

Ia kali pertama Rosberg memenangi Grand Prix Italy, kemenangan ketujuhnya musim ini.

Hamilton kini mendahului perlumbaan bagi kejohanan pemandu musim ini dengan 250 mata, di depan Rosberg yang mempunyai 248, dengan perlumbaan malam Singapura menjadi destinasi seterusnya pada 18 Sep. - AFP, Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg