Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Formula Satu: Ricciardo juara Sepang, harapan Hamilton dijilat api

Oct 3, 2016 | 9:02 AM
Juara Grand Prix Malaysia, Daniel Ricciardo, bersama pemenang tempat kedua, Max Verstappen (kiri), dan ketiga, Nico Rosberg.
Juara Grand Prix Malaysia, Daniel Ricciardo, bersama pemenang tempat kedua, Max Verstappen (kiri), dan ketiga, Nico Rosberg. - GAMBAR AFP

SEPANG: Harapan Lewis Hamilton bagi Kejuaraan Dunia musnah dijilat api, apabila Daniel Ricciardo menjuara Grand Prix Malaysia pada Ahad (2 Okt).

Hamilton, yang menduduki petak pertama, mendahului dengan baki 15 pusingan apabila enjinnya meletup di Litar Antarabangsa Sepang.

"Jangan, jangan," pekik pemandu Mercedes itu sedang api muncul di belakang keretanya, membolehkan Ricciardo meluru ke depan hingga menang, diikuti rakan sepasukannya daripada Red Bull, Max Verstappen, di tempat kedua.

Rakan sepasukan Hamilton, Nico Rosberg, menduduki tempat ketiga, sekali gus memperluaskan jurangnya dengan Hamilton bagi kejuaraan dunia sebanyak 23 mata, dengan hanya baki lima perlumbaan.

Kegagalan Hamilton menamatkan perlumbaan dan kedudukan tempat ketiga Rosberg bermakna Mercedes terlepas peluang merangkul kejuaraan pembuat kereta di Sepang.

Mereka mempunyai 553 mata tetapi Red Bull, yang mengutip 43 mata hasil kejayaan tempat pertama dan kedua itu, mengurangkan jurang kepada 194 mata, dengan maksimum 215 mata masih terdapat dalam baki lima perlumbaan musim ini. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg