Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Formula Satu: Verstappen juara termuda lepas menang GP Sepanyol

May 16, 2016 | 8:10 AM
Max Verstappen menjuarai Grand Prix pada 15 Mei 2016 di Litar de Catalunya di Montmelo, Barcelona.
Max Verstappen menjuarai Grand Prix pada 15 Mei 2016 di Litar de Catalunya di Montmelo, Barcelona. - AFP

BARCELONA: Max Verstappen menjadi pemenang termuda dalam sejarah Formula Satu apabila beliau menjuarai Grand Prix Sepanyol pada Ahad (15 Mei).

Pemandu Belanda berusia 18 tahun itu menewaskan pemandu Ferrari, Kimi Raikkonen dan Sebastian Vettel, dan rakan sepasukannya, Daniel Ricciardo, yang masing-masing menduduki tempat kedua, ketiga dan keempat.

Verstappen membuktikan tindakan bosnya di Red Bull memilihnya untuk menggantikan Daniil Kvyat hanya minggu lalu, adalah betul.

Kvyat dikenakan tindakan itu berikutan beberapa kejadian di landasan.

Pasukan Mercedes menghadapi nasib kurang baik di Grand Prix Sepanyol itu.

Pendahulu kejuaraan dunia, Nico Rosberg, dan rakan sepasukannya, Lewis Hamilton, berlanggar dan terpaksa menarik diri akibat kemalangan sensasi pada pusingan pembukaan.

Ia berlaku apabila Hamilton meluru dari petak pertama tetapi dipecut oleh Rosberg dan beliau cuba memecut semula tetapi diadang Rosberg.

Mereka tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi segera mendapat tahu kemalangan itu akan disiasat selepas perlumbaan. - AFP, Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg