Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

TENIS

Frances Tiafoe ke separuh akhir Terbuka AS

Sep 09, 2022 | 06:55 AM



NEW YORK: Frances Tiafoe berkata beliau bak tidak boleh berkata-kata selepas melangkah ke separuh akhir Grand Slam buat julung-julung kali.



Warga Amerika Syarikat berusia 24 tahun itu menewaskan Andrey Rublev dari Russia dalam straight set 7-6 (7-3) 7-6 (7-0) 6-4 di gelanggang utama Terbuka Amerika semalam.



Tiafoe, yang mencatat keputusan mengejut dalam pusingan lebih awal - apabila beliau menewaskan Rafael Nadal - akan bertemu seorang lagi pemain dari Sepanyol, Carlos Alcaraz yang menewaskan Jannik Sinner dari Italy dalam lima set semalam.



Tiafoe ialah warga Amerika pertama melangkah ke separuh akhir Terbuka Amerika sejak Andy Roddick berbuat demikian pada 2006.



"Adalah sukar untuk saya terus menang selepas mencapai kemenangan terbesar dalam kerjaya saya beberapa hari lalu tetapi beraksi di gelanggang ini membuat saya berasa begitu selesa dan berjaya mencapai prestasi terbaik.



"Kini, tumpuan saya hanya untuk terus beraksi dengan baik di separuh akhir," kata beliau." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >