Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Frank Lampard ikat kontrak dua setengah tahun dengan Everton

Feb 01, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Frank Lampard telah mengikat kontrak dua setengah tahun dengan Everton untuk menjadi pengurus terbarunya dan kini sedang bertarung dengan masa untuk mendapatkan pasukan jurulatih dan pemain baru.



Beliau menandatangani kontrak itu lewat kelmarin, menurut BBC dalam laporannya.



Lampard, 43 tahun, menggantikan Rafael Benitez yang meninggalkan kelab itu selepas hanya mampu memimpin pasukannya memenangi satu daripada 13 perlawanan.



Lampard ditawarkan jawatan di Everton itu selepas lembaga kelab tersebut melaksanakan pusingan terakhir wawancara dengan beberapa calon pada Jumaat lalu.



Selain Lampard, Everton juga telah bertemu dengan jurulatih dari Portugal Vitor Pereira dan pengurus sementara Duncan Ferguson.



Everton dijangka membuat pengumuman rasmi pagi tadi.



Namun Lampard tidak berlengah-lengah untuk mendapatkan pemain baru.



Everton dijangka akan memberikan kontrak kepada Donny van de Beek yang akan dipinjam dari Manchester United bagi baki musim ini.



Van de Beek berminat menyertai Everton untuk bergandingan dengan Lampard dan juga ingin mendapat lebih banyak peluang beraksi menjelang Piala Dunia di Qatar November ini.



Jurulatih Belanda Louis van Haal telah memberitahu beliau supaya menambah masa permainan jika ingin dipilih menyertai skuad Belanda bagi kejohanan tersebut.



Sejak menyertai United pada 2020, van de Beek hanya memulakan empat perlawanan liga.



Malah, beliau belum lagi memulakan sebarang perlawanan musim ini, dan hanya lapan kali menyertai perlawanan sebagai pemain gantian.



Beberapa pemain lain juga dijangka menyertai Everton sebelum tempoh pindahan pemain ditutup pada pagi tadi.



Difahami, Lampard telah memberikan senarai jurulatih yang diinginkan bagi membantunya di Everton.



Ini termasuk bekas pengurus Dery County dan Swansea City Paul Clement - yang bekerjasama dengan bekas pengurus Everton Carlo Ancelotti di Chelsea, Paris St-Germain, Real Madrid dan Bayern Munich; serta jurulatih Chelsea Joe Edwards.



Lampard, yang tidak terlibat dalam bola sepak sejak dipecat oleh Chelsea sebagai pengurus sekitar setahun yang lalu akan memimpin Everton menentang Brentford dalam perlawanan pusingan keempat Piala Piala FA di Goodison Park pada Sabtu ini.



Ini akan disusuli perlawanan Liga Perdana England (EPL) genting dengan Newcastle United, yang sedang berjuang untuk mengelak tersingkir dari liga, pada minggu depan.



Lampard, yang dianggap antara pemain terbaik dalam sejarah EPL bersara dari bola sepak pada 2017, selepas menghabiskan hampir seluruh kerjanya di kelab itu.



Menyusuli itu, beliau menyertai dunia pengurusan bola sepak di Derby Country, sebelum menjadi pengurus Chelsea pada 2019. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >