Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

IKON SUKAN DALAM TUMPUAN

Frank Lampard "jadi mangsa" akibat pimpin kelab Everton

Jan 30, 2023 | 05:30 AM



EVERTON: Frank Lampard merupakan pengurus terkini yang "menjadi mangsa" gara-gara tugasan memimpin kelab Everton.



Everton bernasib baik kerana terselamat daripada tersingkir daripada Liga Perdana England (EPL) dalam musim lalu dan harapannya tahun ini memberi kesegaran yang dapat menyuntik semangat kepada pasukan tersebut.



Malangnya, Lampard gagal menyumbang dan mengubah nasib pasukan pimpinannya dan kekalahan 2-0 di tangan West Ham United, meletakkan Everton di kedudukan ke-19 dengan hanya tiga kemenangan daripada 20 perlawanan.



Beliau dipecat sejurus selepas itu.



Sejak memimpin kelab itu, Lampard, 44 tahun, hanya berjaya membantu pasukan itu menang sembilan daripada 38 perlawanan.



Statistik itu jelas menimbulkan rasa suram kepada Lampard yang pernah menjadi salah seorang pemain handal EPL sedikit masa dahulu.



MANA SILAPNYA



Nasib yang dialami Lampard serupa dengan yang dialami lima daripada enam mantan pengurus pasukan itu - Roberto Martinez, Ronald Koeman, Sam Allardyce, Marco Silva dan Rafael Benitez - dipecat oleh pemilik Everton Farhad Moshiri.



Lampard gagal mendapatkan keputusan yang diinginkan, sesuatu yang amat bernilai dalam dunia bola sepak.



Tiada siapa sebenarnya yang dapat membuktikan bahawa Everton sedang meraih keputusan yang diinginkan.



Meskipun begitu, Lampard mendapat simpati para peminat kelab tersebut.



Ternyata para peminat amat selesa dengan layanan yang diberi Lampard terhadap mereka.



Malah Lampard sedar akan sejarah penting di sebalik kelab tersebut yang membuat para peminat begitu menyayanginya.



Selepas berjaya mengelak daripada tersingkir daripada EPL, pasukan itu membuat "penilaian strategik" dalam usaha mengelak daripada berulangnya sejarah.



Mereka "melepaskan" penyerang berbisa asal Brazil, Richarlison dengan harga £60 juta ($97.6 juta) yang kini menyarung jersi Tottenham Hotspur.



Kurangnya ancaman untuk menjaringkan gol begitu dirasakan meskipun sebelum Richarlison meninggalkan kelab tersebut.



Dan sehingga kini pasukan itu masih gagal mendapatkan pengganti penyerang itu yang sebelum ini penjaring yang membantu Everton kekal dalam EPL.



Tidak pasti sekiranya ia kegagalan Lampard atau pun pengarah bola sepak kelab itu, Kevin Thelwell.



Hingga kini Everton amat bergantung kepada Dominic Calvert-Lewin sebagai penyudah untuk pasukan itu.



Padahal beliau sering sahaja mengalami kecederaan.



Ternyata ia percaturan yang merugikan apabila pemain itu mengalami kecederaan jangka panjang sejurus sebelum musim baru dibuka.



Mereka akhirnya berjaya mendapatkan khidmat Neal Maupay dengan harga £12 juta - seorang pemain yang tidak diingini di Brighton dan hanya menjaringkan satu gol sejak ketibaannya di Everton.



Bukan sahaja mereka ketandusan jaringan, malah barisan pertahanan Everton juga merasakan tekanannya.



Meskipun pemain pertahanan seperti James Tarkowski dan Conor Coady memberikan kestabilan, mereka mula rapuh sedang musim kali ini berlangsung.



Amadou Onana, pemain tengah berusia 21 tahun asal Belgium yang dibawa masuk daripada Lille dengan harga £33 juta masih belum cukup matang.



Sementara Idrissa Gueye pula seolah-olah sudah sedia meninggalkan Everton untuk menyertai Paris St. Germain.



Lampard bagaikan mengalami sumpahan dalam EPL sejurus selepas Piala Dunia.



Pasukannya gagal meraih sebarang mata semasa bermain di padang sendiri selepas tewas kepada Wolves dan Southampton, selain dibaham Brighton dengan jaringan 4-1.



Pasukan itu mampu mendapatkan khidmat pemain baru, namun strategi yang diletakkan mereka seolah-olah tiada hasil dan tiada strukturnya.



Semasa perlawanan terakhir di mana Lampard pengurusnya, terdapat para pemain yang dibawa masuk lima pengurus yang berbeza.



LAMPARD DIPERSALAHKAN?



Kerana Lampard diminati ramai peminat, maka terdapat analisa yang menyalahkan persembahan Everton sejauh ini kepada pemilik kelab itu serta anggota lembaga pengarahnya.



Moshiri tidak bernasib baik kerana selepas mendapatkan khidmat Carlo Ancelotti, pengurus itu ambil keputusan untuk kembali ke Real Madrid.



Buat masa ini para penyokong kelab itu masih tidak berpuas hati sehinggakan pihak lembaga memberitahu bahawa mereka tidak dapat hadiri perlawanan pasukan itu semasa menentang Southampton di padang sendiri baru-baru ini atas sebab-sebab keselamatan.



Dengan ketandusan trofi sejak 1995, para peminat Everton telah menggesa agar pengurusi kelab, Kenwright, pula dipecat.



Ini selepas beliau membeli kelab itu daripada bekas pemilik kelab itu, Peter Johnson pada 1999.



Begitu marah para peminat sehinggakan mereka juga ingin ketua eksekutif kelab itu, Denise Barrett-Baxendale, dipecat juga.



Persoalannya buat masa ini siapa yang akan gantikan Frank Lampard?



Walau apa dan siapa pun yang dilantik menggantikan Lampard, tugasan yang akan dipikul tidak mudah. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >