Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA FA

Fred alami serangan rasis lepas Man U tersingkir

Kesilapan pemain midfield beri gol pertama Leicester dalam kemenangan 3-1 ke atas United
Mar 23, 2021 | 05:30 AM



LEICESTER: Pemain midfield Manchester United, Fred, menjadi mangsa komen perkauman selepas pasukannya tewas 3-1 dalam saingan suku akhir Piala FA kepada Leicester City awal pagi semalam.



Fred dipersalahkan bagi gol pembukaan Leicester selepas beliau menendang bola ke arah Kelechi Iheanacho di depan gawang, dan penyerang Leicester itu tidak mensia-siakan peluang meletak bola melepasi penjaga gawang United, Dean Henderson.



Selepas perlawanan tersebut, akaun Instagram pemain berusia 28 tahun itu menjadi sasaran serangan kata-kata kesat, dengan beberapa komen perkauman.



Pemain antarabangsa Brazil itu salah seorang pemain United yang menjadi sasaran komen perkauman sejak beberapa minggu kebelakangan.



Sebelum ini, Marcus Rashford mengeluarkan kenyataan mengenai komen yang ditujukan kepadanya pada akhir Januari, sementara Anthony Martial dan Axel Tuanzebe juga menjadi sasaran.



Keadaan sama dialami juga pemain skuad wanita Lauren James.



Manchester United mengutuk keras penganiayaan yang ditujukan kepada pemain mereka oleh orang-orang yang mempunyai "pemikiran sempit".



"Manchester United tidak mempunyai toleransi terhadap segala bentuk perkauman atau diskriminasi dan akan memegang teguh komitmen jangka panjang kempen menentang perkauman ini melalui inisiatif All Red All Equal kami," kata kelab itu dalam satu kenyataan.



Sementara itu, pengurus United Ole Gunnar Solskjaer enggan mengkritik Fred bagi kesalahannya yang membuat kelab itu tersingkir daripada kejuaraan tersebut.



Dua jaringan oleh Kelechi Iheanacho dan Youri Tielemans memastikan Leicester melangkah ke pusingan separuh akhir Piala FA buat kali pertama sejak 1982.



Mereka bakal bertemu Southampton.



Iheanacho membuka tirai jaringan pada minit ke-24 selepas beliau mengambil kesempatan daripada kesilapan Fred.



Mason Greenwood menyamakan kedudukan lewat pada separuh masa pertama, namun jaringan oleh Tielemans meletak Leicester di depan dan oleh Iheanacho pada separuh masa kedua mengesahkan kemenangan Leicester.



Enggan mempersalahkan pemainnya, Solskjaer memberitahu BBC Sport:



"Kami mahu membina rentak serangan dari belakang dan mahu pemain berasa yakin - tetapi kadangkala ia tidak menjadi."



"Apabila kami menang, kami menang bersama dan apabila kami kalah, kami kalah bersama. Kami tidak menuding jari dan menyalahkan sesiapa."



Leicester tidak pernah memenangi Piala FA. Kali terakhir ia memasuki peringkat final ialah pada 1969.



Pengurus pasukan, Brendan Rodgers berkata:



"Saya sangat gembira, ia adalahsatu persembahan hebat. Pemain mempamerkan aksi sempurna.



"Kami menunjukkan keberanian beraksi menentang salah satu pasukan terhebat di Eropah.



"Saya memberitahu pemain bahawa mereka hanya tinggal tiga perlawanan untuk melakar sejarah. Sekarang kami sudah mengharungi dua daripada perlawanan itu," kata Rodgers. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >