Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PREVIU PIALA FA: MAN UNITED LWN FULHAM

Fulham bersiap sedia, Mitrovic jadi harapan

Mar 19, 2023 | 05:30 AM



MANCHESTER: Selepas tewas dalam dua perlawanan pertama Piala FA menentang Fulham pada 1905 dan 1908, Manchester United telah mara ke peringkat selanjutnya dalam lapan pertemuan terakhir dengan kelab London itu.



Fulham belum memenangi 15 pertemuan sebelum ini semasa menentang Manchester United dalam semua pertandingan, dan kalah 12 kali.



Mereka hanya menang sekali daripada 25 perlawanan semasa bertandang di padang Old Trafford pada 2003.



Fulham mungkin boleh menarik sedikit nafas lega apabila melihat prestasi tidak menentu United pada ketika ini apabila mereka bertemu di Old Trafford dalam suku akhir Piala FA awal Isnin.



Meskipun begitu tiada pasukan yang telah melangkah ke separuh akhir Piala FA lebih banyak daripada United - 30 kali bersama Arsenal.



Sejauh ini dalam Piala FA, United telah tewas lima daripada lapan perlawanan suku akhir mereka, dengan yang terkini semasa menentang Leicester pada musim 2020/2021.



Bagi Fulham mereka telah tewas tiga perlawanan Piala FA mereka di peringkat suku akhir.



Pertemuan dengan United di peringkat suku akhir Piala FA kali ini ini adalah yang pertama sejak 2010.



Sudah 21 tahun lamanya mereka melangkah ke separuh akhir dalam pertandingan itu, apabila mereka tundukkan West Bromwich dalam suku akhir.



Fulham sentiasa bergantung kepada Aleksandar Mitrovic sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan berharap pemain bintang mereka itu cukup cergas untuk mulakan perlawanan, meskipun pemain asal Serbia itu tidak menjaringkan sebarang gol dalam 11 penampilan Piala FA.



Secara keseluruhannya persembahan Fulham masih hambar menyusuli kekalahan 0-3 kepada Arsenal di padang sendiri.



Ini meskipun Mitrovic dianggap pemain terbaik buat Fulham.



Dalam perlawanan tersebut, Fulham bagaikan pasukan yang masih jauh dalam persembahan berbanding Arsenal.



Meskipun Fulham cuba pamerkan permainan yang lebih baik dalam separuh masa kedua, namun ia masih tidak cukup mengubah keputusan perlawanan.



Sepanjang perlawanan, Mitrovic terpaksa bermain di bahagian midfield untuk mendapatkan bola.



Padahal beliau merupakan penyerang buat Fulham.



Usahanya mengawal permainan dan bergabung dengan rakan sepasukannya yang lain memang dianggap baik.



Malangnya tiada pemain lain yang memberikan sokongan mencukupi kepada beliau.



Beliau hampir jaringkan gol pada minit ke-70, namun tandukannya mengena palang gol pasukan lawan.



Sementara itu, pengurus Manchester United, Erik ten Hag dilaporkan telah mengenal pasti pemain midfield Fulham, Joao Palhinha, sebagai sasaran pemain yang diharap dapat menyarung jersi pasukannya.



Namun United berhadapan persaingan daripada Arsenal, Liverpool, Chelsea, Newcastle dan Tottenham Hotspur yang turut melahirkan minat ke atas pemain berusia 27 tahun itu.



Palhinha dilaporkan telah mempamerkan corak permainan yang hebat di bahagian midfield Fulham, menjadikannya salah seorang bintang dalam musim kali ini.



Pemain antarabangsa Portugal itu telah membuat 101 terkaman ke atas pemain lawan, paling banyak yang dicatit sebarang pemain Liga Perdana England (EPL), selain membuktikan dirinya selaku pemain merbahaya semasa set-pieces dilakukan.



Fulham membayar sebanyak £17 juta untuk mendapatkan khidmat Palhinha dari Sporting Lisbon tahun lalu, namun persembahannya seolah-olah menunjukkan beliau berharga lebih daripada itu.



Beliau masih lagi ada empat tahun dalam kontraknya, dan kelabnya itu berpeluang menyambung kontraknya lagi setahun.



Bagi Manchester United pula, mereka terpaksa merehatkan pemain sayap berbakat, Alejandro Garnacho, yang dilaporkan mengalami kecederaan buku lali semasa pasukan itu seri 0-0 dengan Southampton.



Remaja itu cedera menyusuli terkaman dari tepi oleh Kyle Walker-Peters selepas masuk sebagai pemain gantian untuk United yang ketika itu bermain dengan 10 pemain selepas Casemiro dilayang kad merah.



Dalam catatan Instagramnya, pemain remaja berusia 18 tahun itu mengesahkan yang beliau terpaksa menarik diri daripada skuad Argentina selepas mendapat tawaran bermain dengan negaranya itu.



"Memang sukar untuk nyatakan perasaan saya ketika ini.



"Malangnya saya tidak akan dapat membantu pasukan dan rakan-rakan saya dalam perlawanan akan datang.



"Ia dianggap musim paling pentiung buat kami di Manchester United.



"Saya memang kecewa kerana terlepas peluang untuk bersama rakan-rakan sepasukan termasuk pasukan Argentina," jelasnya.



Difahamkan Garnacho akan terlepas perlawanan menentang Fulham dalam Piala FA sebelum Argentina bertemu Panama dan Curacao lewat Mac.



United masih belum sahkan sampai bila pemain berbakat itu akan dapat kembali beraksi. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >