Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA LIGA ENGLAND

Fulham diaib kelab aksi divisyen bawah

Aston Villa, Everton dan Leicester diberi saingan sengit sebelum menang
Aug 25, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Fulham mengalami kekalahan memalukan apabila tersingkir dari Piala Liga selepas kelab Liga Perdana England (EPL) itu kalah mengejut 0-2 kepada Crawley, yang beraksi dalam Liga 2 - tiga divisyen di bawahnya.



Fulham yang dipimpin Marcos Silva melangkah ke padang berbekal momentum kemenangan 3-2 ke atas Brentford 3-2 dalam EPL pada Sabtu lalu.



Namun keputusan Silva untuk merehatkan 10 pemain kesebelasan utama semasa menentang Crawley membawa padah di depan penyokong lawan di Stadium Broadfield.



Bekas pemain Fulham, Kevin Betsy, yang kini memimpin Crawley, menunjukkan beliau tidak menghiraukan hubungan silam dengan cara menyusun pasukan yang berjaya mengekang serangan lawan dan pada masa yang sama, menembusi benteng Fulham.



Gol-gol Crawley dijaringkan oleh Tom Nichols dan James Balagizi - pemain dari akademi Liverpool yang kini dipinjamkan kepada Crawley - tetapi setiap anggota pasukan tersebut beraksi cemerlang.



Fulham pula kini menyertai senarai kelab-kelab EPL seperti Norwich dan Leeds, yang telah dimalukan kelab-kelab kerdil dalam Piala Liga sejak beberapa tahun lalu.



Silva telah menurunkan buat pertama kali Issa Diop dan Marlon Fossey, selain pemain akademi Luke Harris, 17 tahun.



Dua pemain muda, Shane Duffy dan Kevin Mbabu, juga memulakan perlawanan buat julung-julung kali.



Namun Fulham ketinggalan seawal minit ke-16 selepas Nichols menyambut hantaran kemas Ashley Nadesan dan merembat bola kencang yang meleret ke penjuru gawang Marek Rodak.



Menyusuli itu pada awal babak kedua, Nichols membuat hantaran yang menembusi benteng Fulham untuk disambut Balagizi yang tidak mensesiakan peluang keemasan itu.



Bercakap dengan wartawan di akhir perlawanan, Silva berkata:



"Dari minit pertama, mereka nyata lebih terdorong untuk meraih kemenangan dan kami hilang arah untuk mengawal perlawanan dan mula membuat kesilapan.



"Apabila mereka menjaringkan gol, tugas kami menjadi lebih sukar."



Kelab-kelab EPL yang terlibat dalam pertandingan Eropah musim ini tidak terlibat dalam Piala Liga dan hanya akan beraksi mulai pusingan ketiga.



Tiga kelab EPL lebih dikenali - Aston Villa, Everton dan Leicester - yang memenangi perlawanan masing-masing dinihari semalam berjaya mengorak langkah ke pusingan pusingan kedua.



Namun kesemuanya harus bertarung sengit untuk meraih kemenangan masing-masing.



Villa, yang sedang mengharungi permulaan musim EPL yang hambar, terpaksa bangkit daripada ketinggalan seawal minit ke-24 sebelum menewaskan Bolton 4-1.



Walaupun ia akhirnya menang dengan kelebihan tiga gol, pemain Villa terkial-kial mencari sasaran.



Everton pula menang tipis 1-0 ke atas Fleetwood, yang beraksi dalam Liga Satu.



Gol tunggal yang dijaringkan Demarai Gray dalam separuh masa pertama memadai untuk memberi kemenangan bagi pasukan yang dipimpin Frank Lampard.



Leicester pula diheret ke babak sepakan penalti oleh Stockport, yang beraksi dalam divisyen keempat selepas perlawanan itu berakhir 0-0.



Penjaga gawang Daniel Iversen muncul wira, selepas menyelamatkan tiga penalti. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >