SEJAK tiga minggu lalu, sebanyak 40 pasukan lelaki dan lima pasukan perempuan daripada 41 sekolah mengambil bahagian dalam Cabaran Futsal Antara Sekolah Singapore Pools-FAS (ISFC) bagi kategori Bawah 10 Tahun (U10).

Buat julung kalinya, kejohanan futsal terbesar bagi sekolah tempatan diperluaskan kepada pasukan perempuan.