Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA JUARA-JUARA EROPAH

Gagal aksi cemerlang? Klopp tak kisah asal Liverpool mara

'The Reds' tewas tapi mara melalui agregat gol; Bayern bukti hebat ledakkan 7 gol untuk langkah ke suku akhir
Mar 10, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Juergen Klopp menepis dakwaan Liverpool gagal beraksi memenuhi jangkaan, sebaliknya mereka ia layak melangkah ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah selepas tewas kepada Inter Milan di Anfield, tetapi mara ke peringkat itu melalui kiraan agregat.



Liverpool tewas 0-1 kepada Inter di depan penyokong sendiri awal pagi semalam tetapi mara ke suku akhir dengan kiraan agregat 2-1 kerana ia telah menewaskan kelab dari Italy itu 2-0 dalam perlawanan pertama di Milan.



Dalam satu perlawanan lain, Robert Lewandowski menjaringkan hatrik dalam masa 23 minit pertama untuk membantu Bayern Munich membelasah Red Bull Salzburg 7-1 dan mara ke suku akhir dengan agregat 8-2.



Bercakap kepada wartawan selepas perlawanan di Anfield, Klopp berkata:



"Saya hanya berminat pada suku akhir dan kini kami telah melayakkan diri ke peringkat itu.



"Tentu sekali kami layak berada di peringkat itu."



Apabila diminta kongsi pandangan kerana Liverpool telah tewas dalam Liga Juara-Juara Eropah buat kali pertama dalam tujuh perlawanan, Klopp berkata:



"Jika ada sebarang perlawanan di mana kami mampu menanggung kekalahan... inilah perlawanannya. Sasaran kami adalah untuk mara ke suku akhir. Saya tidak terlalu gembira (dengan kekalahan pertemuan kedua ini) tapi kami telah mencapai matlamat kami."



Kedudukan selesa kelebihan dua gol yang dinikmati Liverpool berubah menjadi keadaan cemas selepas Lautaro Martinez menjaringkan gol cantik pada minit ke-61.



Rembatan kencang beliau dari jarak jauh tidak memberi sebarang peluang kepada Alisson Becker untuk menyelamatkannya.



Namun, kebangkitan Inter yang diharapkan tidak menjadi selepas Alexis Sanchez, bekas pemain Arsenal dan Manchester United yang kini menyarung jersi Inter, dibuang padang selang dua minit gol itu gara-gara dilayang kad kuning kedua.



Malah, permainan itu dicemari insiden-insiden kasar dengan enam pemain lain turut dilayang kad kuning.



Liverpool mempunyai beberapa peluang keemasan untuk menjaringkan gol, tetapi pemainnya, termasuk penyerang utama Mohamed Salah, hanya menyaksikan percubaan mereka mengena tiang atau palang.



Tandukan Joel Matip hinggap di palang, sementara dua percubaan Salah terkena tiang gawang lawan.



Dalam pada itu, reputasi Bayern sebagai pasukan yang paling disegani dalam pertandingan musim ini diperkukuh selepas ia membelasah Salzburg 7-1 di depan penyokong sendiri.



Kemenangan besar itu tidak dijangka selepas Bayern diikat 1-1 oleh Salzburg dalam perlawanan pertama di Austria.



Lewandowski menjaringkan dua penalti dan satu lagi gol untuk melengkapkan hatrik dalam masa 23 minit pertama sebelum gol-gol oleh Serge Gnabry, Thomas Muller (dua gol) dan Leroy Sane melengkapkan jaringan bagi Bayern.



Hatrik yang dijaringkan oleh Lewandowski itu adalah yang paling awal dijaringkan dalam sejarah Liga Juara-Juara, tetapi ia bukanlah yang terpantas.



Rekod itu dimiliki pemain Lyon, Bafetimbi Gomis, yang menjaringkan tiga gol dalam masa lapan minit pada 2011, semasa kelab dari Perancis itu menewaskan Dinamo Zagreb.



Undian pasukan bagi pusingan suku akhir akan diadakan pada 18 Mac di Nyon, Switzerland. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >