Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA BOLA SEPAK NASIONAL

Gagal tampil 11 pemain dalam tiga perlawanan, FAS tarik keluar Gymkhana dari liga

Dec 19, 2018 | 05:30 AM



KELAB bola sepak Gymkhana dikeluarkan dari Liga Bola Sepak Nasional (NFL) kerana gagal memulakan perlawanan dengan kesemua kesebelasan utama bagi tiga perlawanan tahun ini.



Namun apa yang membuat presiden kelab bola sepak tersebut, Encik Patrick Francis, amat marah adalah apabila satu lagi kelab, bahagian Divisyen Dua NFL, Kembangan United, tidak dikenakan denda yang sama walaupun telah melanggar peraturan tersebut.



"Ini secara terang-terangan memang tidak adil. Kenapa kita dikeluarkan, dan kelab lain yang melakukan kesalahan yang sama dapat lepas?



"Peraturan harus dikuatkuasakan terhadap semua kelab. Jika tidak, pertandingan apa yang kita ingin langsungkan di sini?" kata Francis.



Gymkhana FC didapati bersalah melanggar artikel 39.2.4 dalam Peraturan Perlawanan NFL 2018 yang menyatakan bahawa selepas tiga kali pasukan tidak menampilkan kesebelasan utama semasa perlawanan dimulakan atau 'kick-off', "kelab tersebut harus dikeluarkan dari liga" dan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) juga akan menarik balik "semua sokongan kewangan" untuk musim itu.



Kelab NFL menerima sekitar $8,000 dalam bentuk subsidi dari FAS setiap tahun.



Pasukan Encik Francis telah menamatkan kesemua tiga perlawanan itu dengan 11 pemain di atas padang, namun terpaksa menyerah kalah dalam satu perlawanan di mana mereka gagal menampilkan sekurang-kurangnya tujuh pemain semasa permulaan salah satu perlawanan lain.



Kata Encik Francis: "Jika kami dikeluarkan, ia bermaksud kami juga hilang kesemua subsidi, dan terpaksa membiayai perbelanjaan musim ini sendiri, manakala Kembangan dapat menyimpan duit mereka - bagaimana ini adil?"



FAS mengesahkan bahawa Kembangan tidak menampilkan kesemua kesebelasan utama semasa memulakan dua perlawanan - menentang Admiralty CSC di Yishun Stadium di mana mereka mencapai seri 1-1, dan apabila mereka terpaksa 'menyerah kalah' semasa menentang GFA Victoria.



Sumber mendedahkan bahawa Kembangan telah melakukan kesalahan yang sama dalam perlawanan liga terakhir mereka menentang Jungfrau Punggol FC pada 11 November, namun insiden itu tidak diberitahu FAS, yang juga merupakan penganjur perlawanan tersebut.



Perlawanan itu sepatutnya berlangsung pada 17 November, namun ditukar kepada 11 November.



Pengerusi Jungfrau, Encik Salman Abdullah, yang berada di Stadium Jalan Besar semasa hari perlawanan untuk menyaksikan pasukannya menewaskan lawan 4-2, berkata:



"Kembangan bermula dengan hanya lapan pemain, namun mereka mempunyai 11 pemain pada separuh masa. Kami bermula dengan 11 pemain dan berakhir dengan sembilan pemain kerana dua pemain kami cedera."



Memberikan respons terhadap pertanyaan The Straits Times, setiausaha agung FAS Yazeen Buhari mendedahkan FAS tidak dapat berbuat apa-apa tentang keadaan tersebut.



"FAS akan bertindak berdasarkan fakta yang dimasukkan dalam laporan inspektor atau pegawai perlawanan secara rasmi; atau apabila aduan dikemukakan dengan bukti yang dapat menyokong tuntutan tersebut," katanya.



"Ini tidak ditemui dalam laporan yang kami terima bagi perlawanan Divisyen Dua NFL antara Kembangan FC dan Jungfrau Punggol FC pada 11 November, dan tiada aduan rasmi yang dikemukakan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >