Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA SUZUKI AFF

Gajah Perang mahu tunjuk taring walau sudah belasah Garuda

Jurulatih Thailand tiada rancangan main defensif lawan Indonesia dalam perlawanan kedua final malam ini, biarpun menang 4-0 perlawanan pertama
Jan 01, 2022 | 05:30 AM



GAYA permainan defensif tiada dalam rencana jurulatih Thailand Alexandre Polking apabila mereka bertemu Indonesia dalam perlawanan kedua final Piala Suzuki AFF 2020 di Stadum Negara malam ini.



Ini walaupun pasukannya mempunyai kelebihan besar selepas kemenangan 4-0 ke atas Indonesia dalam perlawanan pertama Rabu lalu.



Malah, warga Jerman itu mahu anak buahnya terus menunjukkan taring mereka di depan gol untuk menjamin trofi kejuaraan keenam bagi pasukan Gajah Perang itu.



Thailand kali terakhir memenangi Piala Suzuki pada 2016, sebelum takhtanya dirampas juara bertahan Vietnam pada edisi 2018.



Kemenangan malam ini akan mengembalikan status Thailand sebagai pasukan terbaik di Asia Tenggara.



"Adalah jelas final ini belum berakhir. Kami harus fokus untuk memulakan perlawanan dengan baik. Kami juga tahu saingan yang Indonesia dapat berikan dan mungkin hanya selepas perlawanan esok baru kami dapat meraikan kemenangan," kata Polking pada satu sidang media praperlawanan semalam.



"Jika anda tanya saya, tiada sebab untuk saya mengubah (taktik). Kami ada kelebihan keputusan tapi kami tetap bersemangat untuk beraksi dengan baik dalam perlawanan kedua dan bermain sama seperti pada perlawanan pertama," tambahnya.



Sementara itu, Indonesia harus mencari kekuatan dalam pasukannya, yang terdiri daripada ramai bakat muda, untuk melakar keajaiban pada Hari Tahun Baru ini.



Walaupun finalis enam kali, Indonesia masih memburu Piala Suzuki pertamanya.



Kebangkitan semula setelah ditinggalkan 0-4 pernah berlaku dalam bola sepak.



Antara yang tidak dilupakan ialah pertembungan dua kelab gergasi Eropah Paris Saint-Germain (PSG) dan Barcelona dalam pusingan kelompok 16 pasukan terakhir musim 2016/2017 Liga Juara-Juara.



PSG mendahului setelah perlawanan pertama dengan kemenangan 4-0, namun Barcelona bangkit semula untuk menang perlawanan kedua 6-1, sekali gus mencatat kemenangan agregat 6-5.



Jurulatih Indonesia Shin Tae-yong yakin anak didiknya berupaya membuat kejutan malam ini.



"Saya yakin pada pemain saya dan percaya mereka 100 peratus terdorong untuk menang. Kami harus menjaringkan lebih banyak gol untuk membuat comeback, tapi yang lebih penting ialah kekal tenang dan beraksi dengan baik," kata warga Korea Selatan itu.



Pemain midfied Indonesia Evan Dimas, 26 tahun, akur kekalahan aksi pertama pahit bagi para pemain, namun mereka akan kekal profesional dan berusaha menang malam ini.



"Sebagai pemain profesional, saya akan menyelesaikan perlawanan kedua secara profesional. Kami harus melupakan perlawanan kelmarin untuk mengharungi perlawanan kedua dan berasa haus untuk mendapat kemenangan," katanya.



Pemain bek kiri Thailand Theeraton Bunmanthan akan dapat diturunkan semula malam ini selepas dikenakan penggantungan kad kuning dalam perlawanan sebelumnya. Begitu juga pemain bek kiri Indonesia Pratama Arhan.



Kejohanan edisi 2020 Piala Suzuki di Singapura akan menutup tirainya malam ini. Persaingan hampir sebulan itu bermula pada 5 Disember.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >