Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Gaji Messi $13.3j sebulan mahal sangat! Barca rancang potong gaji

Dec 17, 2020 | 05:30 AM



BARCELONA: Akibat keadaan kewangan Barcelona, gaji Lionel Messi adalah terlalu mahal untuk ditampung kelab itu, kata calon presiden Emili Rousaud.



Malah, Rousaud menambah, mahu mengekalkan penjaring terbanyak sepanjang masa Barca di Camp Nou dengan kontrak yang dikurangkan.



Messi, yang mencari jalan keluar dari Barca, mempunyai kurang dari tujuh bulan dalam kontraknya dengan kelab di mana beliau telah meneruskan kerjayanya sejauh ini.



Beliau bebas untuk berunding dengan kelab lain mulai Januari.



Bekas naib presiden Barca Rousaud, yang meletakkan jawatan tahun ini sebagai membantah terhadap cara kelab diuruskan oleh presiden pada ketika itu Josep Maria Bartomeu, berkata Messi akan menerima gaji yang lebih rendah sekiranya beliau boleh diyakinkan bahawa kelab akan kembali ke arah mencapai kemenangan.



"Dalam keadaan kelab masa kini, gaji Messi tidak boleh kekal, lantas kita harus mencapai persetujuan dengannya. Kami harus mengemukakan projek menarik kepadanya," kata Rousaud kepada akhbar Sepanyol AS kelmarin.



"Apa yang penting di sini adalah projek sukannya. Apabila Messi mengatakan dia ingin ke kelab lain, dia tidak menyebut wang. Dia mempunyai gaji paling tinggi di dunia, tiada siapa yang menerima gaji lebih daripadanya, dia tidak mahu tinggalkan kelab sebab dia mendapat gaji yang kecil.



"Dia mahu tinggalkan kelab sebab dia ingin menang trofi. Dia menyebutnya baru-baru ini ketika dia mengatakan: 'Liga Juara-Juara tidak dapat dicapai.' Dia mahukan pasukan yang penuh dengan bakat."



Barca disenarai sebagai kelab dengan pendapatan terbesar dalam bola sepak Eropah oleh Liga Wang Deloitte 2020 namun pandemik Covid-19 telah menjejas kewangan merka.



Minggu lalu, kelab gergasi Catalan itu mengumumkan mereka akan menangguhkan pembayaran gaji kepada pemain.



Messi dinamakan pemain bola sepak berpendapatan tertinggi di dunia oleh akhbar Perancis L'Equipe awal tahun ini, dengan dibayar anggaran 8.2 juta euro ($ 13.3 juta) sebulan oleh Barca. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >