Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PEMAIN DALAM TUMPUAN

Gakpo jaring gol dalam semua perlawanan kumpulan Belanda

Dec 01, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Cody Gakpo sedang menikmati pengalaman lebih baik di Piala Dunia kali ini berbanding yang sebelumnya.



Pada 2018, Gakpo, yang ber-usia 19 tahun waktu itu, hanya menyaksikan pertandingan bola sepak terunggul itu di televisyen, kerana Belanda gagal melayakkan diri.



Beliau sekarang memainkan peranan utama untuk membantu pasukan negaranya mara ke pusingan kalah mati tanpa tewas dan sebagai pemenang kumpulan.



Gakpo, kini 23 tahun, membuka tirai jaringan dalam semua tiga perlawanan peringkat kumpulan Belanda, termasuk yang berakhir dengan kemenangan 2-0 ke atas pasukan tuan rumah Qatar.



Berbekal tujuh mata - dua menang dan satu seri - Belanda kini berdepan Amerika Syarikat bagi tempat ke suku akhir.



Dan Gakpo berharap dapat terus memberi sumbangan bermakna kepada pasukan negaranya.



"Bagi saya, dipilih menjadi sebahagia, daripada pasukan ini bak impian menjadi kenyataan.



"Sebenarnya, saya tidak menaruh harapan beraksi di Piala Dunia, tetapi saya tahu saya perlu berusaha gigih pada peringkat kelab untuk dipilih menyertai pasukan nasional," kata Gakpo, yang bermain bagi PSV Eindhoven dalam Liga Eridivise Belanda.



"Kini saya berharap impian ini tidak akan berakhir dan kami dapat terus menang."



Sebelum Piala Dunia, Gakpo dikaitkan dengan kelab-kelab terbesar di Eropah, termasuk Manchester United, dan prestasinya di Qatar setakat ini bermakna sebarang kelab yang ingin membelinya perlu membayar harga tinggi.



Gakpo dilihat sebagai pemain barisan depan lengkap. Beliau bukan bertubuh sasa sahaja, malah mempunyai pergerakan lincah dan berupaya membuka ruang dan merintis peluang gol bagi rakan sepasukannya.



Beliau juga tangkas meloncat dan menanduk bola, sebagaimana ditunjukkannya semasa menjaringkan gol dalam kemenangan 2-0 ke atas juara Afrika Senegal.



Beliau turut menjaringkan gol dalam perlawanan dengan Ecuador yang berkesudahan seri 1-1, dan menyudahkan gol hasil gerakan cantik Belanda dalam perlawanan menentang Qatar.



"Cody pemain yang amat muda... beliau baru berusia 23 tahun, tapi bakatnya besar," kata pengurus Belanda Louis van Gaal.



"Bagi saya beliau berkeupayaan menjadi bintang."



Dalam perlawanan menentang Qatar kelmarin, Gakpo menunjukkan mengapa beliau dikagumi dan kini dianggap berpotensi mencapai kecemerlangan bekas pemain nasional Belanda.



Beliau pemain Belanda keempat menjaringkan gol dalam tiga perlawanan Piala Dunia berturut-turut, selepas Johan Neeskens (1974), Dennis Bergkamp (1998) dan Wesley Sneijder (2010).



Kapten Belanda Virgil van Dijk berkata Cody boleh meraih banyak lagi kejayaan, terutama jika beliau terus bersikap rendah hati dan berlatih bersungguh-sungguh.



"Beliau berpotensi hebat menjadi pemain handal dan kami berharap beliau boleh terus menjadi pemain penting bagi pasukan nasional." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >