Topic followed successfully
Go to BHkuGangsa 'mengejut' daripada peserta terjun indah
Premium
Gangsa 'mengejut' daripada peserta terjun indah
Jun 7, 2015 | 5:30 AM
Gangsa 'mengejut' daripada peserta terjun indah
GEMBIRA MENANG PINGAT: Fong Kay Yian terperanjat dapat menyumbangkan pingat gangsa kepada negara melalui acara terjun indah 3 meter papan anjal semalam. - FOTO SSOC/REUTERS -
PESERTA Singapura, Fong Kay Yian, memenangi pingat gangsa 'mengejut' dalam acara terjun indah wanita 3 meter papan anjal yang berlangsung di Pusat Akuatik OCBC semalam.
Dalam acara yang secara tradisi dikuasai oleh para peserta Malaysia itu, Fong, 18 tahun, membayangkan potensinya dalam sukan itu dengan mencatatkan 258.90 mata daripada lima pusingan untuk menyumbangkan gangsa kepada Team Singapore.

