Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Gara-gara pandemik, Man City rugi $233j musim lalu

epl
Apr 08, 2021 | 05:30 AM



MANCHESTER: Pendahulu Liga Perdana England (EPL) Manchester City telah melaporkan kerugian £126 juta ($233 juta) bagi musim 2019-20 yang telah diganggu pandemik koronavirus.



Kelab itu melaporkan pendapatan kurang 11 peratus iaitu £478.4 juta kelmarin, tetapi jumlah itu tidak termasuk pendapatan hasil penjualan pemain, termasuk wang yang diperoleh selepas menjual Leroy Sane kepada Bayern Munich.



Dalam kenyataannya, City berkata ia menjangka kembali meraih keuntungan bagi musim ini.



Kerugian keseluruhan kurang £60 setahun telah diramalkan bagi kededua musim itu.



Mengikut syarat Financial Fair Play yang memantau kewangan adil dalam kalangan kelab-kelab utama di Eropah, laporan kewangan kelab-kelab bola sepak bagi musim 2019-20 dengan 2020-21 harus digabungkan kepada satu tahun.



Pengerusi Khaldoon Al Mubarak berkata kelab itu mempunyai kewangan kukuh dan pemegang saham yang komited, yang telah dipupuk dengan teliti selama lebih sedekad dan selama sejarah lebih sekurun kelab itu.



"Pendekatan jangka panjang kami bermakna kami tidak sepenuhnya berrgantung pada aliran pendapatan yang paling terdedah kepada kesan Covid-19," kata beliau.



Musim EPL yang lalu telah digantung antara Mac dengan June 2020 kerana pandemik, yang telah mengadang penyokong daripada menghadiri perlawanan.



Ketua eksekutif Ferran Soriana berkata:



"Adalah jelas akaun musim 2019-20 jika dilihat secara berasingan tidak mewakili keadaan terbaik atau realiti musim yang dibelenggu perdagangan pemain yang tergendala dan banyak permainan dimainkan selepas 30 Jun 2020. Pendapatan ini semuanya akan dimasukkan bagi musim 2020-21." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >