Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Garcia cemerlang, layak ke final

Nov 8, 2022 | 5:30 AM
RAIKAN KEMENANGAN: Caroline Garcia melonjak kegembiraan selepas kemenangannya untuk menempah tempat ke pertandingan akhir WTA Finals. - AFP
RAIKAN KEMENANGAN: Caroline Garcia melonjak kegembiraan selepas kemenangannya untuk menempah tempat ke pertandingan akhir WTA Finals. - AFP -

TEXAS: Caroline Garcia berjaya melangkah ke pertandingan akhir kejuaraan elit WTA Finals kelmarin selepas mengatasi Maria Sakkari 6-3, 6-2.

Garcia, yang berada di ranking kelapan dunia, kembali ke acara kemuncak tenis wanita penghujung musim buat kali pertama sejak 2017, apabila beliau tewas di separuh akhir, dan akan menentang sama ada pemain nombor satu dunia, Iga Swiatek, atau pemain ranking ketujuh Aryna Sabalenka untuk merebut kejuaraan.

Pemain berusia 29 tahun dari Perancis itu, yang telah memperkukuh ranking dunianya dengan memenangi tiga gelaran musim ini, bermain dengan baik semasa menentang lawannya yang berada di ranking kelima dunia, menamatkan kemenangan dalam masa 75 minit.

Sekali lagi, servis Garcia menjadi perbezaan apabila beliau menghasilkan mata demi mata melalui servis yang tidak boleh dibalas Sakkari.

Garcia memperoleh mata penting pada set pertama untuk mendahului 4-2 sebelum mememenangi set itu.

Dia kemudian mendahului 4-0 pada set kedua, dan memenangi dengan mudah set tersebut. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg