Topic followed successfully
Go to BHkuGarcia kembali buat tahun kedua
Premium
Garcia kembali buat tahun kedua
Aug 9, 2017 | 5:30 AM
Garcia kembali buat tahun kedua
KINI BERGELAR JUARA 'MAJOR': Bintang golf Sepanyol, Sergio Garcia, memenangi 'Major' pertamanya di Masters Amerika pada April lalu. - Foto AFP -
BUAT tahun kedua berturut-turut, jaguh golf Sepanyol, Sergio Garcia, akan beraksi di Kejohanan Golf Terbuka SMBC Singapura, menurut penganjur kelmarin.
Kejohanan berprestij yang akan berlangsung di Kelab Gold Sentosa pada 18-21 Januari tahun depan itu diiktiraf bersama Jelajah Asia dan Jelajah Golf Jepun, di samping menawarkan hadiah lumayan yang mencecah AS$1 juta ($$1.36 juta).

