Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

GOLF

Gareth Bale... dulu sepak bola kini hayun kayu golf

Jan 29, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Kerjayanya sebagai pemain bola sepak profesional mungkin telah berakhir, tetapi Gareth Bale, bekas kapten Wales dan pemain Real Madrid mungkin sedang mengorak langkah memulakan kerjaya dalam sukan baru.



Minggu lalu, Bale, 33 tahun berkata beliau akan beraksi dalam acara Tour PGA, beberapa minggu selepas beliau mengumumkan persaraannya daripada bola sepak profesional.



Bale berkata beliau akan bertanding dalam Pro-AM Pebble Beach AT&T di California bulan depan.



Beliau bersara daripada bola sepak profesional sebagai pemain nasional Wales yang paling banyak mewakili negara itu dan juga adalah penjaring gol terbanyak negaranya di peringkat nasional.



Menulis di media sosial, Bale berkata: "Saya amat gembira untuk mengumumkan saya akan beraksi di Pro-Am Pebble Beach AT&T yang bermula awal bulan depan."



Bale meninggalkan Real Madrid dengan cara yang kurang baik selepas penyokong kelab yang dianggap antara paling berjaya di Eropah itu melontar kecaman kepadanya atas tindakannya di hari-hari terakhir di sana.



Antara perbuatan ini berlaku pada 2019, apabila Bale mengambil gambar dengan kain rentang yang menunjukkan kata-kata 'Wales.Golf.Madrid.In that order', yang menunjukkan beliau lebih mengutamakan Wales dan golf berbanding kelab itu.



Menurut ESPN, ada 156 pemain golf amatur yang dijangka beraksi dalam pertandingan Pro-Am di Pebble Beach nanti.



Mereka disertai jumlah pemain profesional yang sama, termasuk juara Terbuka Amerika Syarikat Matt Fitzpatrick, pemain nombor lima dunia, Patrick Cantlay, dan juara major tiga kali Jordan Spieth.



Dalam kategori selebriti pula, pelakon Bill Murray dan pemain bola sepak Amerika Aaron Rodgers dari Green Bay Packers telah mengesahkan mereka akan mengambil bahagian.



Antara bekas atlet profesional yang 'berpindah' sukan ialah bintang bola keranjang, Michael Jordan, yang bermain bola lisut apabila bersara buat kali pertama pada 1993.



Namun beliau kembali ke gelanggang bola keranjang pada 1995, sebelum sebelum bersara buat kali kedua di akhir musim 2003. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >