Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SEA VIETNAM

Gembira dapat sarung jersi S'pura meski beraksi di alam maya

May 21, 2022 | 05:30 AM



MESKIPUN tidak dapat membawa pulang pingat buat negara, atlet e-sukan Singapura Muhammad Syakir Abdul Rauf amat bangga dengan pencapaiannya dalam Sukan SEA Hanoi baru-baru ini.



Ini kerana atlet berusia 26 tahun itu dapat merealisisakan impiannya menjadi wakil negara dalam temasya itu walaupun dalam bidang berbeza.



"Semasa saya muda, impian saya adalah menjadi seorang pemain bola sepak profesional dan mewakili negara dalam pertandingan.



"Jadi, apabila saya mendapat peralatan dan menyarung jersi negara, saya rasa amat bangga dan teruja dapat bertanding untuk Singapura dalam pertandingan e-sukan ini," kata beliau yang dipilih bersama tiga rakan lain - Ahmad Sufian Rahamad, Amraan Gani Musa Bakar dan Yeo Jia Hui Joseph - untuk beraksi dalam permainan video bola sepak Fifa.



Selain bertanding, Syakir merupakan kontinjen Singapura yang membuat perarakan di upacara pembukaan Sukan SEA yang berlangsung di Stadium My Dinh 12 Mei lalu.



Walaupun bangga dengan pengalaman itu, beliau mengaku perjalanan pasukan Singapura dalam permainan Fifa itu bukanlah mudah yang disangkakan.



Dalam pusingan kumpulan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Nasional Vietnam di Hanoi 14 Mei lalu, pasukan Singa dijinak-jinakkan pasukan Thailand apabila mereka kalah kesemua tiga pusingan perlawanan mereka.



Bagi Syakir, mereka tahu akan kemampuan Thailand berbanding kebolehan pasukan negara.



"Kami tahu Thailand adalah antara pasukan yang terbaik dalam permainan video ini jadi memang sukar untuk kami mengalahkah mereka.



"Kami menggunakan perlawanan bersama mereka itu untuk menyesuaikan diri dengan suasana bertanding di hadapan ramai penonton yang hadir di sana," ujarnya yang lebih mahir dalam platform Playstation.



Walaupun tewas di tangan Thailand, pasukan Singapura bangkit dan berjaya mengalahkan Indonesia 2-1 untuk mara ke peringkat separuh akhir menentang Malaysia.



Di perlawanan bersama negara jiran itu, keputusan perlu ditentukan dalam pusingan kelima apabila markah diikat seri 2-2.



Dalam pusingan terakhir itu, Joseph gagal menyempurnakan peluangnya dan ditumpaskan atlet Harimau Muda menerusi jaringan Samuel Eto'o, Ronaldo dan Kevin De Bruyne di dalam permainan video itu.



Meskipun skuad Singa berjaya memilih Cristiano Ronaldo yang dianggap Syakir sebagai "pemain yang mampu mengubahkan rentak permainan", beliau mengaku cara permainan negara lain jauh lebih handal.



"Negara seperti Thailand dan Vietnam hanya bermain Fifa di platform ini (komputer) dan mempunyai 'server' khas untuk permainan ini sahaja.



"Oleh itu, pemilihan pemain di dalam permainan itu secara purata adalah adil. Malah, pasukan seperti Thailand juga tidak mempunyai banyak pemain yang bernama besar di dalam skuad Fifa mereka. Jadi, ia balik kepada kemahiran pasukan yang bertanding itu masing-masing," tambahnya lagi.



Syakir juga menyifatkan kurang masa untuk berlatih sebagai salah satu punca kekalahan mereka di temasya itu.



"Saya hanya mempunyai masa dua bulan untuk menyesuaikan diri dalam permainan ini dan ianya berbeza (dengan Fifa Playstation).



"Saya rasa masa itu tidak mencukupi dan untuk bermain setiap hari juga agak sukar. Tetapi, saya dan rakan lain telah membuat yang terbaik," katanya yang tidak akan menolak jika dipanggil untuk mewakili negara dalam temasya itu tahun depan.



E-sukan telah menunjuk kemajuan di dalam Sukan SEA Hanoi di mana pasukan negara berjaya merangkul pingat perak dalam acara permainan League of Legends berpasukan wanita, serta dua pingat gangsa dalam acara permainan League of Legends berpasukan lelaki dan Mobile Legends berpasukan lelaki.



Dalam Sukan SEA di Manila, Filipina, pada 2019, Singapura berjaya merangkul pingat perak menerusi Thomas Kopankiewicz dalam permainan Starcraft II dan pingat gangsa menerusi Chew Khai Kiat dalam permainan Hearthstone.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >