Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gerakan tingkat kesihatan dan ikatan melalui bola sepak

Mar 23, 2021 | 5:30 AM
BERSUKAN JAGA KESIHATAN DAN JALINAN: Encik Saktiandi Supaat (dua dari kanan) turun gelanggang semasa melancarkan pasukan terdiri daripada pasangan datuk atau nenek berusia 70-an tahun, atau ibu atau bapa dengan anak lelaki atau anak perempuan serta cucu di pelancaran Bola Sepak Sambil Berjalan bagi Kesihatan Sabtu lalu. - Foto BH oleh GIN TAY
BERSUKAN JAGA KESIHATAN DAN JALINAN: Encik Saktiandi Supaat (dua dari kanan) turun gelanggang semasa melancarkan pasukan terdiri daripada pasangan datuk atau nenek berusia 70-an tahun, atau ibu atau bapa dengan anak lelaki atau anak perempuan serta cucu di pelancaran Bola Sepak Sambil Berjalan bagi Kesihatan Sabtu lalu. - Foto BH oleh GIN TAY -

SATU gerakan bagi meningkatkan kesihatan fizikal dan mental di samping mempromosikan kesejahteraan sosial dalam masyarakat menerusi sukan bola sepak dilancarkan Sabtu lalu.

Dikenali sebagai Bola Sepak Sambil Berjalan bagi Kesihatan (Walking Football for Health , atau WaF4H), gerakan tersebut sejajar dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), yang menggalak kegiatan fizikal setiap minggu selama 150-300 minit bagi memerangi kesunyian di kalangan individu.

Pelancaran gerakan tersebut diadakan di sebuah dewan serba guna di Toa Payoh Lorong 7 dan turut dihadiri Anggota Parlimen (AP) GRC Bishan-Toa Payoh, Encik Saktiandi Supaat, serta pengasas WaF4H, Dr Dee Dee Mahmood.

Semasa pelancaran itu, orang ramai daripada semua peringkat usia bermain bola sepak berjalan kaki - sebuah sukan bola sepak tidak bersentuhan dan dengan menggunakan kepala dilarang.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg