Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Gerd Mueller meninggal dunia

Aug 17, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Legenda Bayern Munich dan Jerman Gerd Muller telah meninggal dunia pada usia 75 tahun.



Muller, yang dianggap antara pemain penyerang terbaik dalam sejarah, menjaringkan 68 gol dalam 62 perlawanan bagi Jerman Barat, termasuk menjaringkan gol kemenangan ke atas Belanda dalam final Piala Dunia 1974.



Beliau juga menjaringkan 547 gol dalam 594 perlawanan bagi Bayern semasa mewakili kelab itu selama 15 tahun.



"Hari ini adalah hari sedih dan hari hitam bagi FC Bayern dan semua penyokongnya," kata presiden Bayern Herbert Hainer.



"Gerd Mullerialah antara penyerang terhebat dalam sejarah... beliau juga seorang lelaki yang hebat.



"Kami bersatu untuk berkabung dan memperingati beliau bersama isterinya Uschi dan keluarganya.



"Tanpa Gerd Muller, FC Bayern tidak akan menjadi kelab yang kami cintai pada masa ini. Nama beliau, dan ingatan kami tentang beliau akan terus hidup selama-lamanya."



Muller, yang pernah dinamakan sebagai pemain bola sepak Jerman terbaik tahunan sebanyak dua kali telah memenangi Anugerah But Emas kerana menjaringkan 10 gol di Piala Dunia 1970.



Beliau juga memenangi anugerah pemain terbaik dunia, atau Ballon d'Or pada tahun yang sama.



Beliau membantu Jerman Barat memenangi Kejohanan Eropah (Euro) dua tahun selepas itu, menjaringkan dua gol dalam kemenangan 3-0 ke atas Soviet Union di final.



"Berita kematian Gerd Muller amat menyedihkan kita," kata ketua eksekutif Bayern, Oliver Kahn.



"Beliau seorang legenda dan antara pemain terhebat pernah menyarung jersi Bayern. Pencapaiannya tidak boleh ditandingi dan beliau akan menjadi sebahagian sejarah Bayern dan bola sepak Jerman buat selama-lamanya." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >