Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Premium

'Gergasi kerdil' Thai saingi rekod tanpa kalah Mayweather...

May 7, 2018 | 5:30 AM
SAMA REKOD TAPI SAMA 'TINGGI'?: Kededua petinju Thai, Wanheng Menayothin (atas) dan bekas jaguh Amerika Syarikat, Floyd Mayweather Jr, kini mengongsi rekod 50 kemenangan profesional. Namun, ada pemerhati menarik perhatian bahawa kejayaan petinju Thai itu adalah ke atas pencabar yang lemah dan tidak dikenali berbanding pencapaian hebat Mayweather menewaskan pesaing terkemuka dunia. - Foto AFP
SAMA REKOD TAPI SAMA 'TINGGI'?: Kededua petinju Thai, Wanheng Menayothin (atas) dan bekas jaguh Amerika Syarikat, Floyd Mayweather Jr, kini mengongsi rekod 50 kemenangan profesional. Namun, ada pemerhati menarik perhatian bahawa kejayaan petinju Thai itu adalah ke atas pencabar yang lemah dan tidak dikenali berbanding pencapaian hebat Mayweather menewaskan pesaing terkemuka dunia. - Foto AFP -

BANGKOK: Menyusuli kerjaya yang penuh lumayan serta pelbagai kejuaraan dunia termasuk rekod hebat 50 pertarungan tanpa kalah, legenda tinju Amerika Syarikat, Floyd Mayweather Jr kini mendapati legasi gemilangnya di gelanggang tinju 'dicabar' pesaing yang tidak pernah difikirkannya selama ini - petinju Thailand yang mendapat gelaran 'gergasi kerdil'.

Dengan ketinggian 1.57 meter dan berat badan hanya 47.6 kilogram, Wanheng Menayothin - yang bertarung dalam kelas paling rendah - jelas tidak segagah, tidak seglamor dan tentunya tidak semewah Mayweather, yang kembali daripada persaraannya tahun lalu untuk bertarung dengan bintang MMA, Conor McGregor, bagi merebut hadiah kemenangan sebanyak AS$100 juta ($133 juta).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg