Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA WANITA

Geylang, Tampines muka baru dalam Liga Perdana Wanita 2023

Musim terbaru Liga Perdana Wanita (WPL) kembali pada Mac dan menjanjikan lebih aksi dan saingan sengit dengan penyertaan tiga lagi pasukan. Musim 2023 bakal menampilkan 10 kelab - naik daripada tujuh pasukan musim lalu. Dua kelab akan membuat kemunculan semula dalam medan saingan WPL - Tampines Rovers, yang terakhir beraksi dalam liga pada 2016, dan juara Liga Nasional Wanita 2022, Police Sports Association, yang kembali selepas lima tahun. Sementara itu, Geylang International bakal mencipta sejarah apabila membuat penampilan sulung mereka musim ini.
Mar 18, 2023 | 05:30 AM



MUSIM baru membawa saingan dan musuh baru. Dan buat julung kalinya, Liga Perdana Wanita (WPL) bakal menyaksikan perlawanan 'derby' Timur antara dua pasukan baru liga 2023, Tampines Rovers dan Geylang International.



WPL tahun ini, yang menampilkan 10 pasukan - naik daripada tujuh pada 2022 - membuka medan persaingannya pada Sabtu.



Tampines kali terakhir beraksi dalam liga tahap tinggi bola sepak wanita Singapura pada 2016, tetapi kini kembali lebih mengancam dengan skuad yang ditubuhkan bersama akademi bola sepak privet JSSL pada 2022.



The Stags, yang merupakan naib johan pertandingan peringkat kedua Liga Nasional Wanita (WNL) 2022, sejak itu telah diperkukuhkan dengan ketibaan beberapa pemain nasional musim ini. Mereka termasuk naib kapten pasukan Singa wanita, Stephanie Dominguez dan Farhanah Ruhaizat.



Walaupun jurulatih Tampines, Joe O'Sullivan enggan menetapkan sebarang sasaran, beliau yakin anak didiknya dapat memberi saingan pada pasukan teratas dengan gaya permainan yang mengujakan.



"Saya menonton WPL musim lalu dan banyak pasukan terutamanya dalam perlawanan besar bermain lebih defensif. Kami ingin bermain jenama bola sepak baru yang mudah-mudahan dapat mencabar pasukan - dengan aksi yang lebih bertenaga dan menyerang," kata beliau.



"Sasaran kami adalah untuk fokus pada satu perlawanan pada setiap masa...Kami telah membentuk skuad dengan tujuan untuk bersaing dengan setiap pasukan dalam liga."



Tampines juga memaparkan persembahan positif semasa jelajah pramusim mereka di Kuala Lumpur pada Februari, dengan memenangi kedua-dua perlawanan - 2-1 ke atas Kelana United FC dan 7-0 menentang Sekolah Sukan Melaka.



Bagaimanapun, Farhanah, 24 tahun, menegaskan bahawa ia masih terlalu awal untuk menilai prestasi mereka kerana tahap permainan semua pasukan WPL adalah "hampir serupa".



Malah, menentang Geylang pada petang Sabtu, penyerang itu berkata ia sukar untuk meramalkan gaya permainan rakan pasukan baru itu.



"Kami tiada idea siapa dalam pasukan Geylang atau bagaimana cara mereka bermain. Jadi, apa yang penting untuk kami adalah memberikan yang terbaik dan tonjolkan permainan bola sepak yang bagus," kata Farhanah, yang menyarung jersi Still Aerion musim lalu.



Baru ditubuhkan pada Januari, Geylang boleh dianggap sebagai "bayi" dalam WPL.



The Eagles akan dikendalikan jurulatih Mohamad Hanafiah Al-Sofli, yang berpengalaman dalam memimpin pasukan baru.



Beliau mengetuai pasukan wanita Kolej Yale-NUS sejurus selepas mereka ditubuhkan pada 2018 dan membawa mereka merangkul gelaran dalam Sukan Antara Fakulti dan Antara Kolej NUS.



Meskipun akur tugas yang menantinya sukar, Hanafiah bersedia menyahut cabaran baru itu.



"Ia adalah cabaran besar untuk mempersiapkan pasukan ini untuk liga dalam jangka masa pendek. Tetapi, saya sedang cuba untuk menerapkan falsafah bola sepak saya sambil mendorong dan meningkatkan keyakinan pemain.



"Kami sasar untuk memberi saingan baik pada lawan setiap minggu," kata beliau.



Kapten Geylang, Shaahidah Zulkifli, 24 tahun, berkata komunikasi akan menjadi kunci kepada persembahan pasukan menentang Tampines.



"Kami masih cuba mencari keserasian. Tetapi, matlamat perlawanan pertama ini adalah untuk membawa apa yang kami pelajari semasa latihan ke dalam padang nanti," kata pemain midfield yang sebelumnya mewakili Albirex Niigata.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >