Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Ghairah dapat main futsal semula, dengan 4 rakan sepasuk

Kegiatan sukan dan fizikal boleh diadakan dalam kumpulan seramai 8 orang dalam Fasa Tiga
Jan 08, 2021 | 05:30 AM



BAK pepatah, penantian itu satu penyeksaan.



Setelah hampir setahun menunggu, penggiat sukan futsal Encik Mohamed Yadly Mohamed Yatim akhirnya dapat memakai semula kasut futsalnya dan kembali beraksi seperti bintang bola sepak Ronaldo dan Mohamed Salah dalam gelanggang bersama sahabat handai.



Ini berikutan pengumuman pemerintah baru-baru ini bahawa mulai 28 Disember lalu, Singapura akan melangkah ke Fasa Tiga, dengan kegiatan sukan dan fizikal boleh diadakan dalam kumpulan seramai lapan orang.



Bilangan ini naik daripada lima orang dalam sekumpulan yang dibenarkan dalam Fasa Dua.



Ghairah apabila mendengar berita baik itu, Encik Yadly, 38 tahun, cuba menempah slot gelanggang untuk bermain futsal pada hari pertama Fasa Tiga, namun hanya berjaya pada hari-hari seterusnya.



Slot gelanggang futsal penuh ditempah pada 28 Disember, menurut beliau.



Bahkan, dek rindu bermain futsal, Encik Yadly menempah slot gelanggang dua hari berturut-turut Ahad dan Isnin lalu.



"Rasa seronok walaupun tahu badan akan rasa penat apabila main futsal dua hari berturut. Tapi saat-saat inilah yang saya nanti-nantikan kerana sudah hampir setahun tidak bermain sukan yang saya gemari," kongsi penyelia keselamatan kanan itu kepada Berita Harian (BH).



"Saya rindukan gelagat rakan-rakan apabila di atas padang futsal yang semuanya tiba-tiba nak jadi ala Ronaldo atau Mo Salah," seloroh beliau.



Sebelum ini, dalam Fasa Dua, Encik Yadly lebih bergiat berlari-lari anak bersama rakan-rakan, mengatakan sukan futsal lebih "shiok" dimainkan beramai-ramai.



"Sebab futsal ini lebih seronok kalau bermain secara ramai-ramai. Pasukan boleh bergilir-gilir pemain. Lagi seronok.



"Sebelum ini, dalam Fasa Dua, hanya disekat lima orang sahaja. Gembira sangat sekurang-kurangnya sekarang dibenarkan bermain lapan orang dan dapat bermain empat lawan empat," tambahnya.



Pengendali kemudahan sukan seperti The Premier Pitch, yang menawarkan tempahan padang bola dan mempunyai dua lokasi di Turf City dan Balestier, menyaksikan permintaan tempahan meningkat susulan pengumuman Fasa Tiga.



Pemilik bersama The Premier Pitch Encik Syed Faruk Alkaff memberitahu BH bahawa sejak minggu lalu, dengan kumpulan kini dapat bersaing dalam perlawanan empat lawan empat, tempahan padang bola telah meningkat sebanyak 10 peratus.



Meskipun bersyukur pemerintah membenarkan kegiatan sukan dan fizikal diadakan dalam saiz kumpulan yang lebih besar, Encik Faruk, 54 tahun, mengatakan kenaikan jumlah tempahan hanya cukup "membiayai kos sewa".



"Kami masih mengalami kesusahan," kata bekas pemain nasional itu.



The Premier Pitch juga menurunkan harga tempahan padang sejak Fasa Dua untuk menarik pemain datang bermain futsal.



Meskipun itu, dengan lima pemain dihadkan dalam sekumpulan, ia kurang menerima tempahan.



"Kurang pemain dalam satu kumpulan bermakna kurang pemain untuk kongsi kos tempahan padang. Jadi, tak ramai orang akan datang main dan tempah padang sebab tak berbaloi," jelas Encik Faruk.



Beliau berharap pada masa akan datang sekurang-kurangnya 10 pemain dalam sekumpulan dibenarkan supaya perlawanan futsal yang diadakan dalam format lima lawan lima dapat dijalankan seperti biasa.



Ini sekali gus dapat merancakkan perniagaan pengendali padang bola di sini, tambahnya.




"Rasa seronok walaupun tahu badan akan rasa penat apabila main futsal dua hari berturut. Tapi saat-saat inilah yang saya nanti-nantikan kerana sudah hampir setahun tidak bermain sukan yang saya gemari. Saya rindukan gelagat rakan-rakan apabila di atas padang futsal yang semuanya tiba-tiba nak jadi ala Ronaldo atau Mo Salah."
- Encik Mohamed Yadly Mohamed Yatim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >