Topik diikuti
Pergi ke BHkuGhairah pamer 'kereta paling efisien dunia' kepada bintang F1

TIP DARIPADA JAGUH: Pelajar Muhd Haikal Mohd Azminsham (kanan), yang mengetuai pasukan EcoTraveller yang terdiri daripada pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Barat, mendapat tip daripada jaguh F1, Kimi Raikkonen, pada acara anjuran Shell sempena Grand Prix Singapura Singapore Airlines hujung minggu ini. - Foto SHELL
Sep 17, 2016 | 5:30 AM
Ghairah pamer 'kereta paling efisien dunia' kepada bintang F1
CABARAN yang diberikan kepada Muhd Haikal Mohd Azminsham dan pasukannya: reka dan bangunkan sebuah kereta paling efisien di dunia, sempena peraduan Eko-Maraton Shell.
Selepas bertungkus lumus sejak awal tahun ini, pasukan yang menggelarkan diri mereka EcoTraveller itu - yang terdiri daripada lapan pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Barat - berpeluang menampilkan prototaip 'kereta cermat' pada satu acara anjuran syarikat minyak Shell di Pusat Konvensyen Suntec City kelmarin.
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti