Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA JUARA-JUARA

Giliran Tottenham bangkit benam Ajax

Kemenangan di gelanggang Ajax menyaksikan Spurs sekali gus menempah aksi final menentang Liverpool di Madrid, bulan depan
May 10, 2019 | 05:30 AM



AMSTERDAM: Mauricio Pochettino, menitiskan air mata gembira sambil pengurus Tottenham Hotspur itu memuji Lucas Moura yang bertindak cemerlang hasil jaringan hat-trick beliau yang membawa kelabnya itu masuk ke final Liga Juara-Juara, buat pertama kali.



Tottenham pastinya bersorak paling gembira dalam perlawanan awal pagi kelmarin itu selepas ketiga-tiga gol Lucas yang dijaringkan dalam babak kedua permainan memastikan kemenangan 2-3 pasukannya dalam separuh akhir kedua.



Keputusan itu bermakna Tottenham mara ke final berdasarkan agregat kelebihan gol di padang lawan.



Dengan hanya beberapa saat baki perlawanan yang berlangsung di Stadium Johan Cruyff Arena, Tottenham seolah-olah di ambang tersingkir daripada perlawanan, namun penyerang berbisa asal Brazil itu menjadi penyelamat hasil rembatannya yang memperdayakan penjaga gawang lawan.



Semuanya agak terlalu emosi buat Pochettino, yang ternyata "berdansa" sebagai tanda gembiranya sebelum beliau meletakkan mukanya di padang.



Apabila wisel penamat ditiup pengadil, Pochettino menangis tidak terkawal dan masih lagi kelihatan penuh emosi semasa ditemui pihak media.



"Masih sukar untuk saya bercakap. Emosinya terlalu hebat, terima kasih kepada bola sepak. Para pemain saya ternyata wira - sejak akhir tahun lalu saya beritahu semua orang yang mereka merupakan wira," katanya kepada BT Sport.



"Mereka semua wira, tapi Lucas merupakan adiwira. Tiga jaringan di luar dugaan. Beliau layak menjaringkan gol-gol tersebut. Beliau ternyata hebat. Separuh masa kedua, para pemain kami bermain cukup hebat. Terima kasih sekali lagi bola sepak. Tanpa bola sepak, emosi sebegini tidak akan diperolehi," katanya.



Sebelum ini ramai yang kurang yakin dengan Tottenham apatah lagi mereka tewas 0-1 di padang sendiri kepada Ajax dalam perlawanan pertama.



Dalam perlawanan kedua, Tottenham ketinggalan lagi dua gol dalam separuh masa pertama hasil jaringan kapten Ajax yang berusia 19 tahun, Matthijs de Ligt, pada minit kelima dan Hakim Ziyech pada minit ke-35.



Selepas perlawanan Pochettino berkata:



"Terima kasih kepada mereka yang yakin dengan kami. Untuk melahirkan semua ini dalam kata-kata amat sukar. Sebelum perlawanan kami duduk berbual dan saya tekankan bahawa sekiranya mereka bekerja keras dan berasa sayang, maka ia bukan tekanan. Ia satu minat buat semua pemain. Kami tunjukkan yang kami sayang sukan ini. Hari ini ternyata hebat. Memang menarik sekali melihatkan permainan sebegini. Amat sukar bersaing di peringkat ini.



"Saya rasa teruja menjadi seorang jurulatih dalam sukan bola sepak dan melalui pengalaman sebegini." tambahnya.



Malah Pochettino menangis penuh emosi sekali lagi di akhir temu ramah itu sambil mendedikasi kemenangan itu kepada keluarga tersayang. - AFP.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >