Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

GIMNASTIK

Detik bersejarah... Sze En sedia beraksi di Olimpik

Jul 19, 2021 | 05:30 AM



KEBETULAN sebelum Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur, tulang pergelangan kaki kiri atlet gimnastik Singapura Tan Sze En retak, memaksa beliau menangguh penampilan sulungnya di temasya sukan utama itu selama setahun.



Beliau kemudian bersaing di Sukan Asia 2018 dan Kejohanan Dunia 2019 di Jerman - di mana beliau melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 - sebelum ketegangan ligamen kolateral lateral di lutut kirinya memaksa beliau terlepas beraksi di Sukan SEA 2019.



Justeru, 25 Julai ini di Olimpik Tokyo menandakan hanya penampilan keduanya di temasya sukan utama tetapi atlet berusia 20 tahun itu tenang di ambang acara sukan terbesar dunia itu.



"Saya ghairah menimba dan menikmati pengalaman di sana. Saya telah bekerja keras untuk saat ini sekian lama jadi saya amat gembira melihat hasilnya," kata Tan kepada The Straits Times dalam satu wawancara maya dari California, di mana beliau menuntut di Universiti Standford.



"Saya ingin persembahkan rutin yang membanggakan saya dan paparkan apa yang telah saya usahakan selama ini. Kadang kala anda rasa gementar dan rutin anda terjejas, jadi saya telah berusaha sediakan langkah hadapi tekanan n di gimnasium.



"Entah kenapa, tambahan setahun ini telah buatkan perasaan saya bercampur baur ... saya mempunyai lebih masa untuk bersiap sedia dan pada masa yang sama ia juga telah menghilangkan tekanan kerana ia adalah tahun yang sangat mencabar. Jadi, saya hanya cuba bertenang dan tidak rasa bimbang."



Tan akan menjadi atlet gimnastik kedua Singapura, selepas Lim Heem Wei di London 2012 untuk bertanding di Sukan Olimpik. Beliau berpindah ke Amerika Syarikat pada 2017 dan berlatih di Legacy Elite Gymnastics di Chicago.



Beliau mengambil cuti selama setahun pada 2019 dan mendaftar masuk ke Universiti Stanford tahun lalu.



Setelah menyelesaikan semester pertamanya secara maya dari Singapura, beliau berlepas ke California Disember lalu - tempat di mana beliau kini tinggal dan berlatih sejak itu.



Meskipun beliau akur ia agak payah untuk mengimbangi kerja sekolah dan latihan pada awalnya, beliau telah belajar untuk menguruskan waktunya, sambil menambah bahawa beliau menikmati latihan bersama rakan sepasukannya di Stanford.



"Saya rasa selesa bersama sekumpulan gadis yang beri dorongan dan dalam masa yang sama membuat latihan lebih seronok. Ada rakan untuk berlatih dengan saya membuatnya lebih mudah dan menjadikan 'mood' dan persekitaran lebih baik," kata Tan, yang berminat mengambil 'major' dalam sistem bumi.



Setelah mengalami beberapa kecederaan pada 2018 dan kecederaan pergelangan tangan tahun lalu, beliau mengatakan bahawa kecederaan tersebut telah membuatnya menjadi lebih bijak jalani latihan.



"Kebanyakan (kecederaan saya) telah pulih, hanya tinggal satu di pergelangan tangan saya. Ia adalah perjalanan yang panjang dan saya masih belum mencapai tahap 100 peratus tetapi saya sedang berusaha untuk mengatasinya.



"Saya sekarang kurangkan membuat 'flip and turn' semasa latihan, jadi saya kurangi masa berlatih tetapi menjadi lebih bijak jalani latihan dan memastikan semua yang saya lakukan adalah penting," kata Tan, yang kini mempunyai pelan latihan yang "cukup ringan" sekitar 12 jam seminggu.



Walaupun beliau mengatakan tidak akan begitu terjejas oleh ketiadaan penonton, namun beliau kecewa tidak dapat melihat keluarganya berada di tempat duduk penonton.



"Ibu bapa saya berada di Kejohanan Dunia (pada 2019) tetapi kami selalu kata bahawa seluruh keluarga akan di Tokyo. Jadi, rasa sedih mereka tidak dapat ke sana. Ia sepatutnya menjadi percutian sebab kami semua juga mahu jelajah Tokyo," kata Tan, yang mempunyai dua abang.



Ibu beliau, Teo Siew Hong, kecewa tidak dapat menonton anak perempuannya di Tokyo tetapi berkata keluarganya akan tetap berkumpul untuk menonton Tan dari Singapura.



Teo, 58 tahun, yang telah bersara, berkata: "Kami juga berada dalam suasana tidak menentu ini dan tidak pasti sama ada Sukan Olimpik akan diteruskan atau tidak. Kadang kala selepas pertandingan, kami suka pergi makan dengannya...Kami harap dapat lakukan yang sama di Tokyo, yang mempunyai makanan sedap.



"Kami sangat bangga dengannya. Sukan di peringkat elit memerlukan banyak masa, usaha, titisan peluh dan air mata. Disiplin dan pengurusan masa adalah penting untuk mengimbangkan sukan dan pelajaran. Sze En telah menguruskan kedua-duanya dengan baik.



"Dia sangat terdorong dan berdisiplin. Dia juga memiliki kesungguhan yang kuat dan kita dapat melihat bahawa meskipun berdepan banyak halangan akibat kecederaan, dia bertahan."




"Saya ghairah berpeluang menimba dan menikmati pengalaman di sana. Saya telah bekerja keras untuk saat ini sekian lama jadi saya amat gembira melihat hasilnya.

... Saya ingin persembahkan rutin yang membanggakan saya dan paparkan apa yang telah saya usahakan selama ini.''

- Atlet gimnastik Singapura Tan Sze En. Beliau akan menjadi atlet gimnastik kedua Singapura, selepas Lim Heem Wei di London 2012 bertanding di Sukan Olimpik




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >