Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Giroud bawa AC Milan ke separuh akhir

Apr 20, 2023 | 05:30 AM



NAPLES: Pemain Perancis, Olivier Giroud muncul sebagai wira pasukan, membantu AC Milan mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah dengan menewaskan Napoli melalui kiraan agregat 2-1.



Giroud, menjaringkan gol dalam separuh masa pertama untuk memastikan Milan dan Napoli seri 1-1 dalam suku akhir kedua yang dimainkan di depan penyokong Napoli.



Milan telah memenangi suku akhir pertama dengan jaringan 1-0.



Dalam persaingan yang sengit di Naples, Napoli berjuang sehingga wisel penamat, tetapi gagal mencerobohi benteng Milan sehingga Victor Osimhen menjaringkan gol penyamaan dalam masa kecederaan.



Namun gol itu nyata setakat sagu hati bagi Napoli, kerana pengadil meniup wisel penamat sejurus selepas itu.



Milan dijadual bertemu kelab jiran Inter Milan atau pasukan Portugis Benfica di separuh akhir.



Napoli telah mengasak benteng Milan dari wisel pertama, memaksa lawan bertahan di bahagian depan gawang sendiri.



Peluang gol pertama, namun, miliki Milan yang diberikan penalti pada minit ke-22 selepas Mario Rui mengasari Rafael Leao.



Namun penjaga gawang Napoli, Alex Meret berjaya menyelamatkan tendangan Giroud.



Namun Giroud menebus kekecewaannya sejurus sebelum masa rehat apabila beliau menjaringkan gol yang diumpan oleh Leao.



Leao, yang cemerlang sepanjang perlawanan, menunjukkan keupayaan luar biasa apabila beliau berlari pecut dari bahagian padang sendiri, menggelecek beberapa pemain Napoli dan mengumpan bola kepada Giroud, yang berjaya menewaskan penjaga gawang.



Napoli juga diberikan penalti oleh pengadil sekitar minit ke-82, apabila Fikayo Tomori memegang bola dengan tangannya dalam petak penalti sendiri.



Namun tendangan Khvicha Kvaratskhelia berjaya diselamatkan Mike Maignan.



Osimhen dikacip sepanjang perlawanan, tetapi tetap berjaya menjaringkan gol tunggal bagi Napoli, yang akhirnya tidak memadai membantu kelab itu elak disingkir. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >