Topik diikuti
Pergi ke BHkuGol cemerlang Payet suntikan semangat bagi Perancis
Premium
Gol cemerlang Payet suntikan semangat bagi Perancis
Gol cemerlang Payet suntikan semangat bagi Perancis
WIRA DIRAIKAN: Penjaring gol kemenangan Perancis, Dimitri Payet (kanan), meraikan golnya dengan rakan-rakan lain semasa membantu pasukan negaranya menewaskan Cameroon dalam perlawanan persiapan menghadapi Euro 2016. - Foto AFP -
Jun 1, 2016 | 5:30 AM
NANTES (Perancis): Penyerang West Ham United, Dimitri Payet, menyumbatkan gol pada minit-minit terakhir melalui satu percubaan sepakan percuma yang cemerlang bagi membantu Perancis mencatatkan kemenangan penuh dramatik 3-2 ke atas Cameroon dalam satu perlawanan persiapan menjelang Euro 2016 di sini kelmarin.
Pemain attacking midfield itu tampil sejurus sebelum wisel penamat bagi melepaskan rembatan yang cantik menyerong untuk memperdayakan penjaga gawang Cameroon, Fabrice Ondoa.
