Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Gol! Ikhsan Fandi jaring gol sulung di Norway

Jan 27, 2019 | 05:30 AM



DUA minit. Itulah sahaja masa yang diperlukan untuk Ikhsan Fandi menjaringkan gol pertamanya bagi kelab terbarunya, Raufoss IL.



Ia sekali gus membantu kelab bola sepak Norway itu menundukkan Elverum Fotball 6-1 awal pagi semalam di arena Raufoss Storfall.



Pemain 19 tahun itu merupakan pemain Singa pertama menyertai pasukan Eropah dalam masa 30 tahun apabila beliau menandatangani perjanjian dua tahun dengan kelab divisyen kedua itu awal bulan ini.



Ikhsan dimasukkan untuk beraksi pada minit ke-59, bersama pemain penyerang Thierry Dabove, bagi perlawanan persahabatan pra musim dengan kelab divisyen ketiga, juga dari Norway.



Sentuhan menyengat daripada pasangan itu kemudian mula menyerlah apabila tendangan Dabove ditepis bekas penjaga gol Raufoss, Andreas Heggen, hanya untuk memberi ruang kepada Ikhsan menunjukkan keupayaannya dengan memperdayakan dua lagi pemain pertahanan lain bagi menyumbatkan bola ke gawang dengan menggunakan kaki kanannya, menjadikannya 3-1 untuk Raufoss.



Pemain baru Raufoss yang mengenakan jersi nombor 19 itu juga mempamerkan kesungguhan berlari ke benteng pertahanan dan menghulurkan bantuan pertamanya kepada Ryan Doghman pada minit ke-84 yang menghasilkan gol dan meluaskan jurang kepada 5-1.



Apabila ditanya Berita Minggu (BM) semalam, Ikhsan berkata: "Saya gembira mendapat gol pertama ini, tetapi ia hanya satu perlawanan persahabatan. Cabaran sebenarnya ialah apabila liga bermula nanti pada Mac.



"Buat masa ini, saya akan berusaha dengan lebih gigih lagi."



Jurulatih kelab amat gembira dengan prestasinya sepanjang 30 minit itu.



Raufoss dan Ikhsan akan menghadapi ujian yang lebih berat apabila mereka meneruskan persediaan pra-musim dengan satu lagi perlawanan persahabatan dengan kelab divisyen tertinggi Norway, Odd, pada Khamis nanti.



Musim baru akan bermula di Nest-Sotra pada 31 Mac.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >