Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

KELAYAKAN PIALA DUNIA 2022

Gol James benam Republik Czech

Apr 01, 2021 | 05:30 AM



UNITED KINGDOM: Wales menamatkan tempoh goyah selepas jaringan lewat Daniel James memberikan kemenangan 1-0 mengatasi Republik Czech kelmarin.



Penyerang Manchester United itu menyempurnakan hantaran Gareth Bale menerusi tandukan sembilan minit sebelum tamat di Stadium Cardiff City.



Kedua-dua pasukan menamatkan perlawanan dengan 10 pemain selepas penyerang Republik Czech, Patrik Schick dan pertahanan Wales, Connor Roberts dibuang padang.



Selepas tewas 3-1 di tangan Belgium pada saingan pembukaan Kumpulan E minggu lalu, Wales kembali ke landasan sebenar untuk mencari tempat ke Piala Dunia 2022 di Qatar.



Ia tonik yang diperlukan buat bola sepak Wales berikutan kesukaran dihadapi di luar padang yang mengancam usaha mereka untuk layak.



Sekali lagi Wales dikemudi pengendali sementara Robert Page ketika bos Ryan Giggs berehat berikutan isu membabitkan kes serangan terhadap seorang wanita tahun lalu.



"Kami menemui cara untuk menang. Kami sedar berdepan pertarungan hebat dan mereka sentiasa memberi ancaman," kata Page.



"Mereka menggunakan enam pemain di depan dan serangan menerusi bola tinggi dalam kotak penalti. Tapi saya rasa kami ada peluang terbaik dan akhirnya kami menemui satu gol pada penghujung.



"Tiga mata setakat ini adalah hebat memikirkan ada pemain yang tidak berada di sini. Apabila anda kembali membawa balik pemain itu, akan ada sesuatu yang besar selepas ini."



Sementara itu, Christiano Ronaldo dan Diogo Jota membantu Portugal mencipta kemenangan 3-1 mengatasi Luxembourg dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2022.



Penyerang Juventus, Ronaldo meledak jaringan ke-103 dalam saingan antarabangsa lima minit selepas rehat bagi menghalang Luxembourg yang menampilkan persembahan baik untuk menafikan status mereka selaku pasukan kerdil dari negara kecil.



Ronaldo dinafikan jaringan kemenangan pada tambahan masa ketika seri berdepan Serbia di Belgrade Ahad lalu tetapi dia tidak dapat disekat apabila menyambung hantaran lintang Joao Cancelo.



Luxembourg menewaskan Republik Ireland sebelum ini dan satu lagi keputusan mengejutkan boleh berlaku apabila Gerson Rodrigues meletakkan tuan rumah di depan menerusi tandukan pada setengah jam pertama saingan Kumpulan A dekat Stade Josy Barthel.



Diogo Jota menyamakan kedudukan buat juara Eropah itu sebelum tamat babak pertama menerusi tandukan jarak dekat selepas menemui hantaran lintang Pedro Neto.



Ronaldo meletakkan Portugal di depan sebelum Joao Palhinha menambah gol ketiga yang menyelamatkan Portugal seterusnya meletakkan mereka di kedudukan teratas, sama tujuh mata dengan Serbia, yang menang 2-1 berdepan Azerbaijan hasil dua jaringan Aleksandar Mitrovic.



Pemain berusia 36 tahun, Ronaldo kini enam gol kurang daripada rekod sepanjang zaman milik pemain Iran, Ali Daei yang menjaringkan 109 gol antarabangsa.



"Gol pada babak pertama hadir pada saat yang teruk," kata jurulatih Luxembourg, Luc Holtz.



"Itulah detik perubahan kerana saya mahu kembali ke bilik persalinan pada kedudukan 1-0. Selepas itu kualiti dimiliki individu menjadikan ia berbeza." - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >