Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Gol kemenangan Hojlund tanda kebangkitan United

Dec 27, 2023 | 02:31 PM



MANCHESTER: Beliau belum sedar pada masa itu tetapi, apabila Erik ten Hag melihat pemainnya semasa waktu rehat perlawanan Liga Perdana England (EPL) menentang Aston Villa, apa yang beliau sampaikan kepada pemainnya merupakan mesej yang simbolik untuk Manchester United.


“Saya kata pada separuh masa ‘kekal percaya dan kita akan menang’,” kongsi ten Hag.

Dengan pasukannya ketinggalan dua gol dan penyokong rasa hampa, kata-katanya bukan hanya terbukti memainkan peranan dalam kemenangan mereka, tetapi penting juga untuk Rasmus Hojlund.

Hojlund menjaringkan gol kemenangan dan kemenangan itu mengingatkan kelab tersebut tentang tujuan baru mereka di bawah pemilik kelab baru, Jim Ratcliffe.

Kemenangan itu menjadi lebih penting kerana mereka bermain di hadapan ketua sukan Ineos, Dave Brailsford, dan bekas ketua eksekutif Juventus, Jean-Claude Blanc, yang akan menyertai Manchester United sebagai ahli lembaga apabila pembelian Ratcliffe disahkan dalam masa enam hingga lapan minggu akan datang.

“Saya kata sebelum perlawanan ini bahawa kita dapat bertindak secara berdaya saing semasa menentang Arsenal dan kita juga kompetitif semasa menentang Liverpool, justeru jika kita bermain sebaik mungkin kita boleh atasi sesiapa,” kata ten Hag.

Hojlund sudah bermain dalam 17 perlawanan tempatan sejak pemindahan bernilai £64 juta ($108 juta) daripada pasukan Italy, Atalanta.

Pada masa itu, beliau masih lagi belum menjaringkan gol tetapi ten Hag kekal percaya dengan Hojlund. Tambahan lagi Hojlund tidak berputus asa.

Beliau bertindak paling pantas untuk menjaringkan gol pada minit ke-82 perlawanan tersebut.

Kelegaan jelas terlihat apabila beliau meraikan golnya itu.

“Saya berbual dengan beliau beberapa kali,” tambah ten Hag.

“Saya tunjukkan bahawa beliau menjaringkan banyak gol untuk Denmark dan beliau juga sudah menjaringkan gol dalam Liga Juara-Juara. Ini menunjukkan kebolehannya. Beliau perlu percaya dengan kebolehannya itu,” ujar ten Hag.

Menurut bekas penyerang Newcastle United, Alan Shearer, gol itu “boleh menjadi titik perubahan” bagi Hojlund.

“Untuk masa akan datang, gol ini sangat berharga untuk beliau. Kami semua katakan bagaimana gol memberikan kesan kepada penyerang. Gol ini hebat untuk dirinya,” kata Shearer.

Kemenangan itu meringankan tekanan ke atas ten Hag menyusuli perubahan besar di Old Trafford.

Tidak lama selepas wisel penamat perlawanan, tiga dokumen berkaitan dengan pembelian kelab sebanyak 25 peratus Ratcliffe diterbitkan dalam laman web kelab United.

Salah satu dokumen tersebut mengandungi e-mel yang dihantarkan oleh pengerusi bersama United, Joel dan Avram Glazer kepada kakitangan Manchester United.

“Kami faham bahawa proses ini telah mengambil masa yang lama dan menimbulkan ketidaktentuan bagi kakitangan kami,” nyata dokumen tersebut.

“Namun, adalah penting untuk menjalankan semakan strategik dengan teliti dan mencari rakan kongsi yang sesuai untuk membawa kami ke hadapan. Terima kasih atas kesabaran anda,” tambah dokumen tersebut.

Ramai di United berasa pembelian itu telah mengambil masa terlalu lama.

Ineos tidak akan dapat memainkan peranan penting dalam perniagaan United semasa tempoh perpindahan bulan depan.

Namun, ten Hag mengalu-alukan penglibatan mereka dan yakin ia boleh membawa United kepada peningkatan yang ketara, di dalam dan di luar padang. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >