Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gol Lukaku jamin kemenangan Chelsea

Feb 11, 2022 | 5:30 AM
RANGSANGAN BAIK: Lukaku (kiri) merai golnya bersama rakan sepasukan Malang Sarr (kanan) dalam kemenangan 1-0 Chelsea ke atas Al-Hilal kelmarin. - Foto REUTERS
RANGSANGAN BAIK: Lukaku (kiri) merai golnya bersama rakan sepasukan Malang Sarr (kanan) dalam kemenangan 1-0 Chelsea ke atas Al-Hilal kelmarin. - Foto REUTERS -

ABU DHABI: Chelsea berharap gol bertuah Romelu Lukaku dapat merangsang penyerang Belgium itu mencapai prestasi terbaiknya dan membantu The Blues julang Piala Dunia Kelab sulung mereka.

Lukaku mengambil kesempatan daripada kesilapan Yasir Alshahrani untuk menyumbat gol tunggal perlawanan dan menjamin kemenangan 1-0 Chelsea ke atas kelab Arab Saudi Al Hilal kelmarin.

Gol jarak dekat pada minit ke-33 itu turut mengakhiri kemarau jaringan Lukaku dalam lima perlawanannya sedang Chelsea perlu berhempas pulas untuk mencatat kemenangan di Stadium Mohammed Bin Zayed, Abu Dhabi.

Kemenangan itu bermakna Chelsea bakal bertemu kelab dari Brazil di final esok (waktu tempatan).

Kedua-dua pasukan memburu kejuaraan Piala Dunia Kelab pertama mereka.

Penolong pengurus Chelsea Zsolt Low kelmarin memuji sumbangan Lukaku kepada kemenangan pasukan itu.

Low memimpin Chelsea dalam perlawanan kelmarin selepas pengurus kelab Thomas Tuchel diuji positif bagi Covid-19 dan perlu mengasingkan diri di rumah.

"Semua orang sangat gembira beliau berjaya menjaringkan gol. Beliau berjuang habis-habisan dan berusaha gigih dalam perlawanan," kata Low.

"Oleh sebab itu, kami selalu memberikan beliau peluang. Kami harap dia punya tuah untuk menjaringkan gol hari ini.

"Beliau sangat gembira, kami sangat gembira dan berharap beliau dapat meneruskan persembahan ini dan menjaringkan gol dalam final."

Chelsea berpeluang menyertai Manchester United dan Liverpool sebagai kelab England ketiga pernah menjuarai Piala Dunia Kelab, setelah muncul naib juara apabila tewas kepada Corinthians dalam penampilan pertama mereka dalam pertandingan ini pada 2012. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg