Topik diikuti
Pergi ke BHkuGol penalti minit akhir hukum S'pura
Jan 20, 2015 | 5:30 AM
Gol penalti minit akhir hukum S'pura
GOL penalti minit-minit akhir menghukum skuad hoki nasional yang tewas 1-2 kepada Ukraine dalam perlawanan keduanya dalam pertandingan Pusingan Kedua Liga Dunia Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH`) di Stadium Sengkang petang semalam.
Selepas ketinggalan gol, Singapura menunjukkan permainan bersemangat untuk menyamakan kedudukan melalui rembatan penalti sudut yang dibuat Muhammad Haseef Salim.