Topik diikuti
Pergi ke BHkuGol saat akhir Garnacho beri United kemenangan
Gol saat akhir Garnacho beri United kemenangan
LONDON: Alejandro Garnacho dimasukkan dari bangku simpanan dan menjaringkan gol saat akhir bagi kemenangan tipis 2-1 Manchester United ke atas Fulham dalam perlawanan terakhir Liga Perdana England (EPL) sebelum Piala Dunia bermula Ahad ini.
Christian Eriksen, yang akan bermain bagi Denmark dalam Piala Dunia, membuka jaringan untuk United pada minit ke-14, selepas Anthony Martial dan Bruno Fernandes bergabung dengan bijak bagi mencipta peluang tersebut.
Eriksen mempunyai peluang baik untuk menambah jaringan pasukannya dalam separuh masa pertama apabila Fernandes membuat hantaran kemas kepada rakannya itu, namun rembatan Eriksen gagal menemui sasaran.
Carlos Vinicius hampir menyamakan kedudukan buat Fulham sejurus selepas rihat, tetapi percubaannya diselamatkan penjaga gawang United David de Gea.
De Gea menyelamatkan lagi gawangnya daripada dibolosi apabila bola daripada satu tendangan sudut kemudian cuba ditanduk Tim Ream tetapi digagalkan penjaga gawang itu.
Namun, pasukan tuan rumah berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-61 menerusi bekas pemain sayap United, Daniel James, yang menjaringkan gol selepas dua minit dimasukkan ke padang.
Perlawanan seolah-olah akan berakhir dengan keputusan seri tetapi Garnacho, yang baru berusia 18 tahun, menjaringkan golnya.
Beliau dimasukkan pada minit ke-72 untuk menggantikan Martial, dan menunjukkan kelibat kehandalannya dengan larian pantas di bahagian sayap kiri.
Kerja kerasnya itu membuahkan hasil sekitar tiga minit waktu tambahan selepas tempoh permainan berakhir, dengan gol liga pertamanya dan United berjaya mengutip tiga mata penuh.
Keputusan itu bermakna United, yang akan bertandang ke Nottingham Forest pada 27 Disember, akan menyambut Krismas di tanga keliga liga dengan 26 mata, sedang Fulham, yang akan ke Crystal Palace pada 26 Disember, berada di tangga kesembilan dengan 19 mata. - Agensi berita.