Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND (EPL)

Gol Sancho bantu Man U seri dengan Leeds

Feb 10, 2023 | 05:30 AM



MANCHESTER: Gol pertama penyerang Manchester United Jadon Sancho sejak September lalu menghambat Leeds United daripada memenangi perlawanan di Old Trafford semalam.



Perlawanan itu menyaksikan United mengejar daripada belakang selepas Leeds mendahului 2-0 melalui jaringan minit pertama oleh Wilfried Gnonto dan gol sendiri Raphael Varane pada minit ke-48.



United berjaya menembusi gawang Leeds menerusi tandukan Marcus Rashford pada minit ke-62 sebelum Sancho menyamakan kedudukan pada minit ke-70 selepas menggantikan Wout Weghorst.



Keputusan seri 2-2 itu bermakna United mengekalkan rekod tanpa kalah mereka di padang sendiri kepada 16 perlawanan dan meletakkan mereka tujuh mata di belakang pendahulu liga Arsenal.



Pengurus United Erik ten Hag berkata: "Perasaan saya bercampur baur. Pada akhirnya, kami gembira mendapatkan satu mata (dalam kedudukan liga) - tetapi kami terlepas mendapatkan lagi dua mata.



"Permulaan kami buruk dan tidak dapat diterima, lebih-lebih lagi dalam perlawanan 'derby' kami perlu bersiap sedia bertarung dan menggalas tanggungjawab."



Berkenaan Sancho, ten Hag berkata pemain itu perlu bekerja lebih keras dan berprestasi konsisten untuk "membuat impak besar" dan "memberi motivasi kepadanya untuk mengecapi lebih banyak".



Baru-baru ini, Leeds memecat pengurusnya, Jesse Marsch berikutan ketandusan kemenangan dalam tujuh perlawanan liga. Pengurus sementara mereka Michael Skubala hanya ada satu sesi latihan 20 minit untuk membuat persiapan bagi perlawanan itu.



Keputusan seri itu lebih bermakna bagi Leeds, yang berada satu mata di atas zon relegasi.



Skubala mengulas: "Saya sangat berbangga dengan prestasi pemain. Mereka bekerja keras. Saya rasa kami lakukan secukupnya untuk menang perlawanan. Saya sibukkan diri dengan perlawanan ini. (Pelantikan pengurus baru) terletak pada keputusan lembaga."



United merasakan kehilangan Casemiro di bahagian midfield setelah beliau tidak dapat bermain kerana digantung, lantas memberi peluang kepada Leeds untuk mengatur serangan.



Leeds melepaskan peluang keemasan melalui sepakan percuma yang tidak disempurnakan Brenden Aaronson apabila bola terkena tiang.



Pascal Struijk pula mensia-siakan peluangnya pada minit ke-12 selepas penjaga gawang United, David De Gea, menyelamatkan percubaan di hadapan gawang untuk menafikan percubaannya.



Kehadiran Sancho dalam kesebelasan United tepat pada masanya sedang mereka masih terlibat dalam empat pertandingan dan mempunyai pilihan barisan menyerang lebih kecil.



Pemain antarabangsa England itu menyempurnakan hantaran lintang Luke Shaw apabila rembatannya menemui gawang Leeds dan menyamakan kedudukan. - AFP, Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >