Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK SETEMPAT

Gombak, Tg Pagar mahu sertai semula Liga-S musim depan

Nov 11, 2017 | 05:30 AM



GOMBAK United mengundurkan diri daripada Liga-S pada 2013 manakala Tanjong Pagar United tidak beraksi dalam liga bola sepak profesional setempat sejak 2015.



Namun, setelah sekian lama menghilang, kededua kelab itu - masing-masing digelar Bulls dan Jaguars - berharap membuka lembaran baru dengan menyertai semula Liga-S pada tahun depan.



Pegawai daripada kededua kelab itu memberitahu akhbar The New Paper (TNP) bahawa mereka telah pun mengemukakan permohonan rasmi kepada Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dan kini menantikan keputusan daripada badan pentadbir sukan itu di sini.



Seperti kata setiausaha kehormat Tanjong Pagar, Chan Kok Hock:



"Jawatankuasa pengurusan kelab berpendapat bahawa kelab ini, selepas mengukuhkan sokongan yang mencukupi sejak mengundurkan diri daripada liga pada 2015, kini bersedia tampil dengan komitmen ini.



"Dengan pengurusan kewangan secara berhemah, kelab kami ini berada pada kedudukan kewangan yang lebih mantap."



Pengerusi Gombak, John Yap, pula mengatakan bahawa beliau telah pun mengadakan beberapa sesi perbincangan dengan rakannya daripada Tanjong Pagar dengan kededua kelab akur mengenai ketidakpastian yang menyelubungi liga ini terutama soal dana yang masih belum diumumkan bagi musim depan.



Yap berkata: "Kami sedar bahawa soal dana bagi liga ini masih menjadi tanda tanya, jadi kededua kelab kami bersedia bermain dalam Liga Bola Sepak Nasional (NFL) Divisyen 1 tahun depan.



"Kami berharap dapat terus menyokong masa depan sukan ini di Singapura."



Jika selalunya liga profesional Singapura ini menerima sokongan dana sebanyak $16 juta daripada Lembaga Tote setiap musim, difahamkan jumlah dana itu akan dikurangkan sehingga setengah bagi pertandingan tahun depan.



Difahamkan juga perbincangan yang dijalankan antara FAS dengan agensi sukan nasional, Sport Singapore (SportSG), dan Lembaga Tote juga menunjukkan tanda-tanda positif - menyusuli rancangan FAS mengambil pendekatan lebih tertumpu pada barisan pemain muda dalam satu-satunya liga profesional itu di sini.



Saranan bagi model dana itu dijangka dicapai pada hujung bulan ini dengan pengumuman rasmi akan dilakukan pada awal bulan depan.



Bagi Gombak, ini bukan kali pertama mereka memohon ingin kembali ke Liga-S. Pada Februari tahun lalu, Yap telah pun melahirkan minat kelabnya kembali beraksi kepada FAS.



Selaras dengan hasratnya itu, Gombak sudah pun memulakan semula program latihan bagi pemain belia sejak tahun lalu. Begitu juga dengan Tanjong Pagar yang turut mengendalikan program latihan bagi kanak-kanak di kejiranan mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >