Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gombak tidak sertai musim ini

Jan 20, 2020 | 5:30 AM
BELUM MASA TEPAT KEMBALI: Pemain Gombak United Julien Durand (kanan) beraksi semasa perlawanan suku akhir Piala Singapura pada 2012. - Foto fail
BELUM MASA TEPAT KEMBALI: Pemain Gombak United Julien Durand (kanan) beraksi semasa perlawanan suku akhir Piala Singapura pada 2012. - Foto fail -

MEMBUAT penampilan sulungnya dalam arena bola sepak profesional setempat Liga-S pada 1998, Gombak United hanya bertahan selama lima tahun sebelum ia terpaksa mengundurkan diri daripada liga akibat masalah kewangan.

Pasukan yang dikenali sebagai The Bulls itu kemudian menghilang selama tiga tahun.

Ia menyertai semula Liga-S pada 2006, berpindah dari Stadium Bukit Gombak ke Stadium Jurong West dan menyediakan sebuah pasukan pada setiap musim sehingga 2013.

Kelab itu mengambil keputusan untuk tidak menyertai liga lagi, akibat masalah kewangan tidak menentu yang dihadapi kelab itu akibat trend pendapatan yang menurun daripada mesin jackpot.

Bulan lalu, Gombak dilaporkan akan kembali membuat penampilan dalam liga profesional.

Ini meskipun "khabar angin" menghairankan pengerusi Gombak John Yap yang berkata beliau belum dihubungi FAS untuk mempersiapkan kelab kembali bersaing dalam liga.

Namun, beberapa sumber memberitahu The Straits Times bahawa perancangan itu telah pun dibekukan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg