Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA EUROPA

Goncalves jaring gol menakjubkan, Arsenal tersingkir

Mar 18, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Pemain Sporting Lisbon, Pedro Goncalves, menjaringkan gol penyamaan menakjubkan dan pasukan dari Portugal itu menyingkirkan Arsenal daripada Liga Europa menerusi penalti 5-3 pada aksi kedua kelompok 16 pasukan terakhir pada Khamis.



Sporting ketinggalan apabila Granit Xhaka memberikan pendahulu Liga Perdana England (EPL), Arsenal gol pada babak pertama di Stadium Emirates.



Namun pemain midfield Portugal, Goncalves, memaksa perlawanan dibawa ke masa tambahan apabila menewaskan penjaga gol Arsenal, Aaron Ramsdale, hasil sepakan hampir dari tengah padang.



Gol dihasilkan Goncalves seakan sama seperti jaringan David Beckham buat Manchester United berdepan Wimbledon yang menjadikannya terkenal pada 1996.



Ketika bintang televisyen, Kim Kardashian dan anaknya yang juga penyokong Arsenal, Saint, menyaksikan perlawanan dari tempat duduk penonton, aksi terikat 1-1 dan 3-3 secara agregat seterusnya memerlukan penentuan penalti.



Sporting akhirnya muncul sebagai pemenang apabila percubaan Gabriel Martinelli diselamatkan Antonio Adán dan kemudian Nuno Santos meledak gol kemenangan.



"Ia jelas kekalahan yang besar. Ada tempoh dalam 75 minit pertama kami tidak berada pada tahap sebenar. Kami sering membuang pemilikan bola dan tidak berupaya menamatkan permainan," kata pengurus Arsenal, Mikel Arteta.



"Kami ada peluang untuk memenangi perlawanan. Kami perlu melihat diri sendiri dan kenapa kami tidak cukup bagus untuk terus mara."



Menambah masalah Arsenal, pertahanan William Saliba dan Takehiro Tomiyasu dikeluarkan pada babak pertama akibat kecederaan, selepas Arteta cuba melindungi pemain utamanya dengan membuat lima pertukaran.



Arsenal tidak pernah menang trofi Eropah sejak merangkul Piala Juara-Juara pada 1994 dan mereka perlu menunggu setahun lagi.



Bagaimanapun Gunners pastinya gembira dapat beralih keutamaan mereka kepada gelaran EPL yang sudah lama diidamkan.



Arsenal kini lima mata di depan pasukan tangga kedua, Manchester City dalam EPL ketika mereka mencari gelaran pertama sejak 2004.



"Kami ada baki 11 perlawanan. Perlawanan kami seterusnya berdepan Palace ialah seperti final. Semua kerja keras yang kami lakukan ketika ini ialah untuk berdepan Palace. Kami perlu lebih baik berbanding ini," kata Arteta.



Dalam pada itu, Marcus Rashford meledak dari jarak jauh bagi memberikan Manchester United kemenangan 1-0 di Real Betis dan layak ke suku akhir Liga Europa menerusi agregat 5-1.



Juara tiga kali, Juventus menang 2-0 mengatasi Freiburg untuk mara 3-0 secara agregat menerusi gol Dusan Vlahovic dan Federico Chiesa. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >