Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

'Bye bye' Man U Ronaldo pindah ke Napoli?

Oct 28, 2022 | 7:48 AM
BERPINDAH ATAU TIDAK?: Meskipun dikaitkan dengan Napoli, pengarah kelab Italy itu berkata pihaknya tidak akan dapatkan sebarang pemain semasa tempoh pemindahan Januari ini dibuka. - Foto REUTERS
BERPINDAH ATAU TIDAK?: Meskipun dikaitkan dengan Napoli, pengarah kelab Italy itu berkata pihaknya tidak akan dapatkan sebarang pemain semasa tempoh pemindahan Januari ini dibuka. - Foto REUTERS -

MANCHESTER: Sebuah kelab Serie A, Napoli, telah dikaitkan dengan penyerang Manchester United, Cristiano Ronaldo, namun pengarah kelab Italy itu berkata pihaknya tiada hasrat mendapatkan sebarang pemain semasa tempoh pemindahan berlangsung.

Ronaldo, 37 tahun, dilaporkan bersedia kembali ke Serie A, kurang 18 bulan selepas meninggalkan Juventus untuk kembali ke Old Trafford.

Penyerang asal Portugal itu sukar mendapat tempat dalam kesebelasan utama United pimpinan Erik ten Hag musim ini, bermula hanya enam daripada 12 penampilan dalam semua pertandingan dan hanya menjaringkan dua gol.

Ronaldo berhadapan dengan masa depan tidak menentu di United selepas beliau tidak disertakan dalam skuad utama United apabila beliau enggan turun padang sebagai pemain gantian dalam Liga Perdana England (EPL) menentang Tottenham Hotspur minggu lalu.

Sebelum ini hangat diperkatakan bahawa Napoli berminat mendapatkan pemain yang memenangi Ballon d-Or sebanyak lima kali itu.

Kontrak Ronaldo dengan United dijangka berakhir pada musim panas tahun depan.

Namun pengarah Napoli, Cristiano Giuntoli, menafikan sebarang spekulasi tentang pemindahan Ronaldo dan menjangka tiada pemain yang akan sertai skuadnya kelak.

"Ronaldo tiba Januari ini? Kami tidak akan dapatkan sebarang pemain pada Januari.

"Kami tidak perlu ubah apa-apa dalam pasukan ini. Kami tetap hebat dan tiada rancangan dapatkan pemain," katanya. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg