Grand Prix Italy terus diadakan di Monza lima tahun lagi
Premium
Grand Prix Italy terus diadakan di Monza lima tahun lagi
Sep 6, 2019 | 5:30 AM

-
MILAN (Italy): Perlumbaan Grand Prix Italy akan terus diadakan di litar Monza selama lima tahun lagi selepas kontrak lanjutan ditandatangani kelmarin, menurut Formula Satu (F1).
Acara memeterai perjanjian rasmi itu diadakan di hadapan penyokong Ferrari yang berhimpun di sekitar kawasan gereja besar Milan sempena meraikan edisi ke-90 perlumbaan di litar tersebut dan juga ulang tahun ke-90 Ferrari.

