Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Greenwood bantu United bangkit tewaskan Brighton

Apr 06, 2021 | 05:30 AM



MANCHESTER: Mason Greenwood tidak seharusnya dinilai semata-mata dalam menjaring gol, kata pengurus Manchester United Ole Gunnar Solskjaer setelah usaha remaja itu melengkapkan kemenangan dari belakang United 2-1 ke atas Brighton kelmarin.



Pemain berusia 19 tahun itu menanduk masuk gol Liga Perdana pertamanya di Old Trafford musim ini selepas 'volley' Paul Pogba melantun ke tanah.



Ia merupakan jaringan pertamanya dalam liga sejak Mei 2020 dan yang keenam dalam 40 penampilan dalam semua pertandingan musim ini, iaitu kempen yang bermula dengan beliau dihantar pulang dari kem England setelah melanggar garis panduan Covid-19.



"Apabila dia dapat jaringkan gol, kita tahu dia akan tambah satu lagi dimensi kepada permainannya," kata Solskjaer, yang mungkin tanpa penyerang Anthony Martial untuk baki musim akibat kecederaan.



"Dunia buat masa ini sangat fokus pada statistik dan itu dan ini.



"Budak itu bermain dengan hebat sepanjang dua atau tiga bulan terakhir ini dan telah benar-benar tampil. Sekiranya dia terus belajar dan memperbaiki diri, dia akan jaringkan lebih banyak gol - dia adalah penjaring gol yang bahaya."



Brighton mendahului perlawanan awal ketika bekas penyerang United Danny Welbeck bertindak paling pantas setelah tandukan awalnya diselamatkan, menanduk gol dari jarak dekat.



Namun, bukan kali pertama musim ini, United memperbaiki persembahan daripada tempoh pembukaan yang hambar untuk mencatat kemenangan dalam separuh kedua.



Marcus Rashford menyamakan kedudukan ketika melakukan rembatan mantap ke sudut gawang lawan menerusi hantaran Bruno Fernandes, sebelum gol kemenangan Greenwood lapan minit dari wisel penamat.



Keputusan itu meletakkan United di kedudukan selesa, 11 mata di depan dalam pertembungan bagi tempat empat pasukan teratas liga, meskipun West Ham dan Everton mungkin akan mengurangkan jurang itu kepada lapan mata sekiranya mereka menang kelebihan perlawanan masing-masing.



Sementara itu, ia sudah menjadi satu tabiat bagi Tottenham mendahului perlawanan dan kemudian hilang mata.



Tetapi, menurut pengurus Tottenham Jose Mourinho, ia bukan salahnya.



Mourinho, 58 tahun, memperoleh reputasi sebagai pakar taktik dan jurulatih yang berfikiran defensif, namun pasukan Spurs kendaliannya kini telah hilang 15 mata daripada kedudukan kemenangan dalam kempen ini setelah mencatat keputusan seri 2-2 di Newcastle kelmarin.



Tottenham ketinggalan di St James Park menerusi jaringan teliti Joelinton, tetapi dua gol Harry Kane meletakkan mereka di depan sebelum jaringan pemain midfield yang dipinjamkan dari Arsenal, Joe Willock, pada minit ke-85 berjaya mendapatkan Newcastle satu mata.



Justeru, siapa yang harus dipersalahkan kerana membiarkan kedudukan di depan tergelincir?



"Jurulatih yang sama, pemain yang berbeza," adalah respons Mourinho ketika wartawan BBC Radio 5 Live Juliette Ferrington menekankan bahawa pasukan beliau biasanya bagus dalam mempertahankan kedudukan di depan.



11 daripada 15 mata itu hilang dalam 10 minit terakhir permainan - yang paling banyak buat mana-mana pasukan dalam Liga Perdana - sementara pasukan London utara itu juga gagal memenangi enam perlawanan di mana mereka mendahului pada waktu rehat, sekali lagi paling banyak dalam liga. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >