Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Greenwood ditahan kerana tuduhan rogol

Feb 01, 2022 | 05:30 AM



MANCHESTER: Mason Greenwood tidak akan berlatih atau menyarung jersi Manchester United dalam perlawanan Liga Perdana England (EPL) sehingga notis lanjut selepas pemain muda itu didakwa menyerang seorang wanita, kata kelab tersebut.



Greenwood kini berdepan dengan dakwaan berupa video, gambar dan rakaman audio yang diterbitkan di Instagram pada pagi kelmarin.



Semua bahan media itu telah dihapuskan pada masa ini dan tidak lagi boleh diperolehi menerusi laman Instagram asal, walaupun beberapa pengguna media sosial lain telah memuat naik semula sebahagian bahan tersebut.



"Mason Greenwood tidak akan beraksi, sama ada di padang latihan atau perlawanan rasmi sehingga notis lanjut," kata United dalam kenyataannya, menurut satu laporan Sky Sports.



Dalam satu kenyataan awal, kelab itu berkata ia tidak menerima sebarang perbuatan ganas dalam apa sahaja rupa.



Polis Greater Manchester berkata seorang lelaki telah ditangkap kerana disyaki merogol dan menyerang seseorang dan kini sedang ditahan untuk disoal siasat selepas gambar dan video muncul di media sosial.



Bahan media itu dipercayai diterbitkan oleh seorang wanita yang sedang melaporkan perbuatan keganasan.



Selaras dengan amalan polis, nama orang disyaki yang kini dalam tahanan itu tidak dinamakan.



"Satu siasatan telah dilancarkan dan menyusuli beberapa pertanyaan media, kami boleh mengesahkan seorang lelaki berusia 20-an tahun telah ditangkap kerana disyaki merogol dan menyerang seseorang," kata polis dalam kenyataannya.



Greenwood telah menjaringkan enam gol dan mencipta dua lagi gol dalam 24 perlawanan bagi United pada musim ini.



Beliau, 20 tahun, telah memulakan kerjaya di akademi bola sepak United dan beraksi sekali bagi pasukan nasional England.



Beliau pertama kali beraksi bagi pasukan senior United pada 2019 dan di peringkat itu, telah menyarung jersi kelab sebanyak 129 kali.



Sehingga akhbar ini dicetak, Greenwood masih belum memberikan respons terhadap dakwaan itu atau menjawab pertanyaan media. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >