Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Greenwood 'lega' kes jenayah digugur

Feb 4, 2023 | 5:30 AM
LEGA: Greenwood ditangkap Januari tahun lalu atas tuduhan percubaan merogol dan menyerang. - Foto REUTERS
LEGA: Greenwood ditangkap Januari tahun lalu atas tuduhan percubaan merogol dan menyerang. - Foto REUTERS -

LONDON: Pertuduhan cuba merogol dan menyerang terhadap penyerang Manchester United, Mason Greenwood telah digugurkan oleh pendakwa raya, kata polis Britain kelmarin, dengan pemain bola sepak itu berkata beliau berasa "lega".

Perkhidmatan Pendakwaan Mahkota (CPS) berkata perbuatan saksi utama yang menarik diri dan bahan baru yang terbongkar antara faktor mendorong mereka membuat keputusan itu.

Dalam satu kenyataan ringkas yang dikeluarkan bagi pihaknya, pemain berusia 21 tahun itu berkata" Saya lega bahawa perkara ini sudah selesai dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga, orang tersayang dan rakan-rakan saya atas sokongan mereka.

"Tiada komen lanjut akan dibuat buat masa ini."

Polis Greater Manchester berkata ia "hanyalah adil" bahawa mereka mengumumkan bahawa Greenwood, yang ditangkap pada Januari tahun lalu, tidak akan lagi menghadapi prosiding jenayah "memandangkan terdapat liputan media yang ketara mengenai kes ini".

Penyerang itu asalnya menghadapi satu pertuduhan percubaan merogol, satu pertuduhan mengawal dan tingkah laku paksaan dan satu pertuduhan serangan yang menyebabkan kecederaan badan sebenar, semua terhadap pengadu yang sama.

"Dalam kes ini, gabungan penarikan saksi utama dan bahan baru yang terbongkar bermakna tidak ada lagi prospek pensabitan yang realistik," kata CPS dalam satu kenyataan.

"Dalam keadaan ini, kami bertanggungjawab untuk menghentikan kes itu."

Dalam satu kenyataan, Manchester United berkata ia menyatakan keputusan CPS "bahawa semua pertuduhan terhadap Mason Greenwood telah digugurkan".

"Kelab itu kini akan menjalankan prosesnya sendiri sebelum menentukan langkah seterusnya. Kami tidak akan membuat sebarang ulasan lanjut sehingga proses itu selesai," katanya.

Greenwood, yang bermain 129 kali untuk United, menjaringkan 35 gol, kali terakhir menyarung jersi United menentang West Ham pada Januari tahun lalu.

Greenwood, produk akademi United, dan pernah dianggap sebagai salah satu prospek terbaik bola sepak England, membuat penampilan sulung seniornya untuk Red Devils dalam kemenangan Liga Juara-Juara di Paris Saint-Germain pada Mac 2019.

Beliau menandatangani kontrak baru di United pada Februari 2021 yang berlangsung sehingga sekurang-kurangnya 2025. - AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg