Topic followed successfully
Go to BHkuGuardiola: Bristol main lebih baik berbanding kelab Liga Perdana lain
Premium
Guardiola: Bristol main lebih baik berbanding kelab Liga Perdana lain
Jan 11, 2018 | 5:30 AM
Guardiola: Bristol main lebih baik berbanding kelab Liga Perdana lain
MANCHESTER: Kelab kerdil Bristol City mengalami kepahitan kalah pada minit-minit terakhir perlawanan separuh akhir pertama Piala Liga menentang Manchester City dinihari semalam tetapi mereka telah menunjukkan permainan yang baik berbanding beberapa kelab Liga Perdana yang tiba di Stadium Etihad.
Itulah penghargaan yang dilahirkan oleh bos City, Pep Guardiola, selepas menyaksikan pasukannya bekerja keras sebelum mencatatkan kemenangan 2-1 - kelebihan tipis menjelang pertemuan kedua timbal balas di padang Bristol dalam masa dua minggu lagi.


